Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penyerahan Tanggungjawab Taklif Modul Keluarga Sakinah Peringkat Bukit Aman

Published: 11 Jun 2014 8.14 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kita (PDRM) berasa berbangga dan bertuah kerana pada pagi Jumaat yang mulia ini secara amalinya, satu majlis akad nikah yang sebenar mengikut modul keluarga sakinah akan dilaksanakan sendiri oleh YDH..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penyerahan-tanggungjawab-taklif-modul-keluarga-sakinah-peringkat-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 03:30 MYT

Bukit Aman, 02 Disember 2011- Program yang berlangsung pada pagi ini merupakan salah satu bahagian dalam Modul Keluarga Sakinah yang dilakukan dengan penuh beradab dan tertib bagi tujuan untuk mengingatkan kedua - kedua belah pihak keluarga terutamanya pasangan pengantin akan tanggungjawab yang akan dipukul selepas termeterainya lafaz ijab dan kabul.  

Program penyerahan tanggungjawab (taklif) berpandukan Modul Keluarga Sakinah menerangkan kepada kita tentang bagaimana menjaga adab dan tertib serta berbudi bahasa di dalam melaksanakan majlis akad nikah dan tanggungjawab kita semua selepas bergelar suami isteri.

Modul-modul Keluarga Sakinah diperkenalkan pada Oktober 1997. Pengamalan dan pembudayaan Modul Keluarga Sakinah dianjurkan adalah sebagai satu panduan untuk menjana sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni. Sepuluh modul yang diolah sebegitu teliti merangkumi usia praperkahwinan hinggalah ke peringkat 'khusnul khatimah'. Modul yang dimaksudkan ialah pra perkahwinan, persediaan keibubapaan, pra keibubapaan, asuhan bimbingan dan pendidikan (bayi sehingga berumur 7 tahun), mumayyiz hingga baligh, alam remaja (15 hingga 21 tahun), alam dewasa (21 hingga 40 tahun), alam matang (41 hingga 50 tahun), usia emas (55 tahun ke atas), dan 'khusnul khatimah'.

"Sakinah" bermaksud tenang dan tenteram. 'Mawaddah' pula memberi erti bahagia. Manakala 'wa-rahmah' menyatakan maksud mendapat rahmat atau bahagia. Lantunan daripada takrifan dan gambaran yang dipaparkan melalui perkataan-perkataan itu menghubungkan kita dengan sebuah ayat al-Quran, surah Ar-Rum, ayat 21, yang bermaksud: "Dan di antara tanda-tanda-Nya bahawa Dia menciptakan jodoh untuknya daripada dirimu (bangsamu) supaya kamu bersenang-senang kepadanya, dan Dia mengadakan sesama kamu kasih sayang dan rahmat. Sesungguhnya yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang yang berfikir."

Lafaz ikrar sakinah yang dilaksanakan semasa upacara akad nikah memberi impak yang besar kepada permulaan pasangan melayari hidup sebagai suami dan isteri. Malah penyerahan dan penerimaan tanggungjawab yang berlaku dalam lafaz tersebut akan menginsafkan dan menyedarkan pasangan yang baru dan sudah lama berkahwin untuk sentiasa patuh pada tanggungjawab yang telah digariskan oleh syariat.

Sesebuah keluarga sakinah perlu mempunyai nilai kasih sayang, harmoni, keserasian, aman dan damai serta bertolak ansur. Kesemua nilai ini harus dibangunkan dan dijana atas dasar iman dan takwa mengikut perintah Allah s.w.t berpandukan Al-Quran dan Sunnah, suami dan isteri juga harus menjalankan tanggungjawab mereka sebagaimana yang dikehendaki dalam Islam. 

Seseorang yang telah mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga harus sedar dan tahu kewajipan dan tanggungjawab yang akan dilaksanakan kelak. Membina sebuah keluarga bukan semudah yang disangka. Pelbagai ilmu dan pengalaman harus dikutip sepanjang tempoh perkahwinan sehingga ke akhir hayat. Yang paling penting, setiap pasangan sama ada suami atau isteri malah termasuk juga anak-anak tahu tanggungjawab dan peranan masing-masing.

Kemuliaan dan keindahan dalam keluarga sakinah wujud hasil daripada nilai cinta kepada Allah secara berterusan. Penghayatan terhadap agama Islam secara konsisten dan tulus bermula daripada pekerti seorang suami dan isteri kepada anak-anaknya. Ketaatan kepada Allah menjadikan setiap hati manusia akan tunduk dan takut kepada seksaan di akhirat kelak. Dengan penghayatan ini, bukan sahaja kita dapat membentuk keluarga sakinah dengan mudah, malah secara keseluruhannya dapat pula membina dan membentuk sebuah negara yang 'sakinah mawaddah warahmah'. 

Terdapat 14 kaedah pelaksanaan akad nikah mengikut modul keluarga sakinah iaitu:
1. Mohon Keizinan
2. Penyerahan Wakalah
3. Khutbah Nikah
4. Akad Nikah
5. Doa Selepas Akad Nikah
6. Lafaz Taklik
7. Sujud Syukur
8. Lafaz Penyerahan Mas Kahwin
9. Lafaz Penerimaan Mas Kahwin
10. Penyerahan Tanggungjawab Wali
11. Penerimaan Tanggungjawab Oleh Pengantin Lelaki
12. Pesanan Ibu Kepada Anak Perempuan
13. Terima Kasih Anak Perempuan
14. Selawat Dan Marhaban

Tujuan penyerahan dan penerimaan tanggungjawab ini dilaksanakan adalah untuk mengingatkan kedua - dua pihak terutamanya pengantin mengenai tanggungjawab yang akan dipikul selepas termeterainya lafaz ijab kabul. Adalah diharapkan agar kedua mempelai direstui oleh kedua ibu bapa mereka.

Kita (PDRM) berasa berbangga  dan bertuah kerana pada pagi Jumaat yang mulia ini secara amalinya, satu majlis akad nikah yang sebenar mengikut modul keluarga sakinah akan dilaksanakan sendiri oleh YDH. SAC Dato' Dr. Hj. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan (Agama & Kaunseling) dengan perkahwinan anak perempuan beliau Dr. Nurul Hidayah binti Dato' Hj. Hashim dengan pasangannya Mohd Faizul bin Ahmad yang telah berlangsung di Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur. 

Turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut ialah Yang Berbahagia, Ustaz Che Alias bin Che Ismail, Ketua Penolong Pengarah (Agama) BAKA Bukit Aman, Yang Dihormati, ACP Datin Dr. Laila binti Hj. Ali, Ketua Penolong Pengarah (Kaunseling) BAKA Bukit Aman, Dato'-Dato', Datin-Datin, Pegawai-Pegawai Kanan Polis, Dif-dif jemputan, tuan-tuan, puan-puan serta hadirin sekelian.



Penyerahan Tanggungjawab Taklif Modul Keluarga Sakinah Peringkat Bukit Aman
Pengerusi majlis menyampaikan kata - kata aluan...

Penyerahan Tanggungjawab Taklif Modul Keluarga Sakinah Peringkat Bukit Aman
Penyerahan Tanggungjawab Taklif Modul Keluarga Sakinah Peringkat Bukit Aman
Penyerahan Tanggungjawab Taklif Modul Keluarga Sakinah Peringkat Bukit Aman
Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat yang dipinpim oleh Al-Fadhil, Ustat Hj. Zaidi bin Edward, BAKA Bukit Aman...

Penyerahan Tanggungjawab Taklif Modul Keluarga Sakinah Peringkat Bukit Aman
Taklimat modul keluarga sakinah "penyerahan tanggungjawab" TAKLIF oleh Al-Fadhil Ustat Hj. Mohd Nor Rashid bin Hj. Mohd Yassin, Pegawai Penggerak Yayasan Pembangunan Keluarga Daerah Johor Bharu...

Penyerahan Tanggungjawab Taklif Modul Keluarga Sakinah Peringkat Bukit Aman
Mempelai diarak masuk ke dalam Masjid Bukit Aman...

Penyerahan Tanggungjawab Taklif Modul Keluarga Sakinah Peringkat Bukit Aman
"Upacara akad nikah berlansung" YDH. SAC Dato' Dr. Hj. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan (Agama & Kaunseling) menyempurnakan akad nikah tersebut sebagai wali pengantin perempuan...

Penyerahan Tanggungjawab Taklif Modul Keluarga Sakinah Peringkat Bukit Aman
"Moga mendapat Rahmat" Bacaan doa selapas upacara akad nikah...

Penyerahan Tanggungjawab Taklif Modul Keluarga Sakinah Peringkat Bukit Aman
Lafaz taklik oleh pengantin perempuan...

Penyerahan Tanggungjawab Taklif Modul Keluarga Sakinah Peringkat Bukit Aman
Sujud syukur oleh pengantin lelaki...

Penyerahan Tanggungjawab Taklif Modul Keluarga Sakinah Peringkat Bukit Aman
YDH. SAC Dato' Dr. Hj. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan (Agama & Kaunseling) dan pengantin lelaki dalam upacara lafaz penerimaan dan penyerahan mas kahwin...

Penyerahan Tanggungjawab Taklif Modul Keluarga Sakinah Peringkat Bukit Aman
Penyerahan Tanggungjawab Taklif Modul Keluarga Sakinah Peringkat Bukit Aman
YDH. SAC Dato' Dr. Hj. Hashim bin Haron, (Bapa pengantin perempuan) Penyerahan tanggungjawab Wali...

Penyerahan Tanggungjawab Taklif Modul Keluarga Sakinah Peringkat Bukit Aman
Penerimaan tanggungjawab oleh pengantin lelaki...

Penyerahan Tanggungjawab Taklif Modul Keluarga Sakinah Peringkat Bukit Aman
Pesanan ibu kepada anak perempuannya (pengantin perempuan)...

Penyerahan Tanggungjawab Taklif Modul Keluarga Sakinah Peringkat Bukit Aman
Penyerahan Tanggungjawab Taklif Modul Keluarga Sakinah Peringkat Bukit Aman
Terima kasih anak perempuan (pengantin perempuan) kepada kedua ibu bapanya...

Penyerahan Tanggungjawab Taklif Modul Keluarga Sakinah Peringkat Bukit Aman
Penyerahan Tanggungjawab Taklif Modul Keluarga Sakinah Peringkat Bukit Aman
Bacaan ikrar suami isteri...

Penyerahan Tanggungjawab Taklif Modul Keluarga Sakinah Peringkat Bukit Aman
Penyerahan Tanggungjawab Taklif Modul Keluarga Sakinah Peringkat Bukit Aman
 "Bahagia" Setelah sah menjadi suami isteri...

Penyerahan Tanggungjawab Taklif Modul Keluarga Sakinah Peringkat Bukit Aman
Lafaz penyerahan dan penerimaan hantara kahwin oleh wakil kedua - dua pihak...

Penyerahan Tanggungjawab Taklif Modul Keluarga Sakinah Peringkat Bukit Aman
Penyerahan Tanggungjawab Taklif Modul Keluarga Sakinah Peringkat Bukit Aman
Penyerahan Tanggungjawab Taklif Modul Keluarga Sakinah Peringkat Bukit Aman
Penyerahan Tanggungjawab Taklif Modul Keluarga Sakinah Peringkat Bukit Aman
Bergambar kenangan...

Penyerahan Tanggungjawab Taklif Modul Keluarga Sakinah Peringkat Bukit Aman
Bergambar bersama pihak pengantin lelaki...

Penyerahan Tanggungjawab Taklif Modul Keluarga Sakinah Peringkat Bukit Aman
Bergambar bersama pihak pengantin perempuan...


Wartawan/Jurugambar: L/kpl Mohd Helmi bin Saadin

ArticlePublished 11 Jun 2014 8.14 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM