Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penyerahan Rasmi Kereta Peronda Kenderaan Kecemasan Oleh Plus Expressways Berhad

Published: 10 Jun 2014 3.30 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Majlis Pelancaran Rasmi Program Khas 'Mesej Daripada Perdana Menteri' Bersempena Hari Raya Aidil Fitri 2010 & Penyerahan Rasmi Kereta Peronda Dan Kenderaan Kecemasan Oleh Plus Expressways Berhad Kepad..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penyerahan-rasmi-kereta-peronda-kenderaan-kecemasan-oleh-plus-expressways-berhad
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:23 MYT
Petaling Jaya - 3 September 2010. PLUS Expressways Berhad (PLUS) hari ini menyempurnakan penyerahan 15 buah kereta peronda jenis Mitsubishi Lancer 2.0 GT kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 3 buah ambulans kepada St John Ambulance dan Persatuan Bulan Sabit Merah bagi melancarkan lagi operasi penguatkuasaan undang-undang di lebuh raya oleh PDRM dan membantu memberi bantuan kecemasan yang lebih cepat ketika berlaku kemalangan atau kecemasan di lebuh raya.

Upacara Penyampaian Replika Kunci Kereta Peronda kepada PDRM telah disempurnakan oleh Pengerusi PLUS Expressways Berhad, YBhg Tan Sri Dato' Mohd Sheriff Mohd Kassim kepada YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail bin Haji Omar, sambil disaksikan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato' Shaziman Abu Mansor. YBhg Tan Sri Dato' Mohd Sheriff juga turut menyerahkan replika kunci kenderaan kecemasan kepada St John Ambulance dan Persatuan Bulan Sabit Merah. Upacara ini berlangsung di Dewan Sri Harmoni, Kolej Ke 5, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.

Selesai sahaja upacara penyerahan replika kunci, Menteri Kerja Raya, YB Dato' Shaziman Abu Mansor bersama jemputan telah meninjau kereta peronda dan kenderaan kecemasan yang diletakkan di perkarangan Dewan Sri Harmoni, Kolej Ke 5.

Di akhir majlis, YB Dato' Shaziman Abu Mansor turut sudi melepaskan konvoi balik kereta kereta dan juga bas-bas khas yang membawa para pelajar UPM pulang ke kampong halaman mereka secara rombongan untuk berhari raya. 

Penyerahan Rasmi Kereta Peronda Kenderaan Kecemasan Oleh Plus Expressways Berhad
YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail bin Hj Omar menerima Replika Kunci Kereta Peronda daripada Pengerusi PLUS Expressways Berhad, Y.Bhg Tan Sri Dato' Mohd Sheriff Mohd Kassim.

Penyerahan Rasmi Kereta Peronda Kenderaan Kecemasan Oleh Plus Expressways Berhad
YM Tunku Tan Sri Dato' Shariman bin Tunku Sulaiman dari Persatuan Bulan Sabit Merah menerima Replika Kunci Kenderaan Kecemasan daripada Pengerusi PLUS Expressways Berhad, Y.Bhg Tan Sri Dato' Mohd Sheriff Mohd Kassim.

Penyerahan Rasmi Kereta Peronda Kenderaan Kecemasan Oleh Plus Expressways Berhad
Y.Bhg Dato' Dr. Low bin Tick dari St John Ambulance juga turut menerima Replika Kunci Kenderaan Kecemasan

Penyerahan Rasmi Kereta Peronda Kenderaan Kecemasan Oleh Plus Expressways Berhad
YB Dato' Shaziman Abu Mansor dijemput untuk meninjau kereta peronda dan kenderaan kecemasan sambil diiringi oleh Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Ismail bin Hj Omar.

Penyerahan Rasmi Kereta Peronda Kenderaan Kecemasan Oleh Plus Expressways Berhad
Beberapa buah kereta peronda dan kenderaan kecemasan yang disumbangkan.

Penyerahan Rasmi Kereta Peronda Kenderaan Kecemasan Oleh Plus Expressways Berhad
Upacara Pelepasan Konvoi Kenderaan Para Pelajar Balik Kampung oleh YB Dato' Shaziman Abu Mansor, Menteri Kerja Raya Malaysia.

Penyerahan Rasmi Kereta Peronda Kenderaan Kecemasan Oleh Plus Expressways Berhad
Konvoi yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
ArticlePublished 10 Jun 2014 3.30 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM