Penyeludupan Haiwan Eksotik Dipatahkan
Pasukan
Polis Marin Wilayah 2 Muar merampas 15 ekor tenggiling yang kesemuanya
seberat kira-kira 70 kilogram dalam serbuan di tebing sungai berdekatan
Sabak Awor, Muar semalam. Rampasan haiwan untuk dijadikan makanan
eksotik itu bernilai kira-kira RM45,000 dan dikatakan dijual antara
RM250 hingga RM300 sekilogram manakala satu hidangan boleh mencecah
ribuan ringgit jika dicampurkan dengan herba.

Sumber : Akhbar Kosmo