Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lima Penjenayah Dicekup Polis Satu Jam Setengah Selepas Meny

Diterbitkan: 17 Jun 2014 8.16 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.43 PM
Kota Tinggi, 30 Julai - Lima penjenayah diberkas polis kira-kira satu jam setengah selepas menyamun di sebuah rumah di Felda Bukit Besar, Kulaijaya di sini, malam tadi...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lima-penjenayah-dicekup-polis-satu-jam-setengah-selepas-meny
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:46 MYT

Kota Tinggi, 30 Julai - Lima penjenayah diberkas polis kira-kira satu jam setengah selepas menyamun di sebuah rumah di Felda Bukit Besar, Kulaijaya di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Mohd Nor Rasid berkata suspek memecah masuk rumah itu kira-kira 2 pagi menggunakan pemotong besi dan melarikan satu unit Notebook, seutas rantai leher, seutas gelang tangan dan tiga telefon bimbit.

"Bertindak atas maklumat iaitu kira-kira pukul 3.30 pagi, sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Besar telah terserempak dengan sebuah Perodua Kancil berwarna putih dalam keadaan mencurigakan di kawasan simpang tiga Jalan Kota Tinggi–Kulaijaya berhampiran Orcard Golf Country Resort di sini.

"Sebaik polis cuba menahan kereta berkenaan, suspek terus memecut keretanya menghala ke arah Kulaijaya namun berjaya ditahan tidak lama selepas itu," katanya dalam sidang media Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi di sini hari ini.

Katanya, seorang daripada suspek merupakan rakyat tempatan manakala empat lagi warga Indonesia dan polis menemui semula barangan yang disamun dalam kejadian itu bersama satu pemotong besi.

Beliau berkata kumpulan itu dipercayai terlibat dalam lebih lima kes samun di daerah Kota Tinggi termasuk di Felda Bukit Besar, Bandar Tenggara, Felda Adela dan Bandar Penawar. Kesemua suspek kini ditahan reman tujuh hari untuk siasatan.
 
Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 8.16 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.43 PM