Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penyamun Berputih Mata

Published: 17 Jun 2014 8.36 AM Updated: 15 Aug 2026 7.43 PM
Tindakan pantas polis Berjaya menahan dua penjenayah selepas mereka menyamun seorang mangsa yang mengeluarkan wang di mesin ATM di sebuah bank di Kepong, awal pagi semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penyamun-berputih-mata
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:37 MYT

Tindakan pantas polis Berjaya menahan dua penjenayah selepas mereka menyamun seorang mangsa yang mengeluarkan wang di mesin ATM di sebuah bank di Kepong, awal pagi semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, dua suspek dipercayai bersenjatakan pedang samurai mengugut mangsa setelah dia mengeluarkan wang di mesin ATM itu.

Mangsa yang ketakutan itu kemudian memberi sejumlah wang dan kad ATM miliknya sebelum suspek melarikan diri menaiki sebuah kereta Perodua Viva.

Menurut sumber, sejam kemudian suspek cuba mengeluarkan wang di mesin ATM bank yang sama dan kebetulan mangsa yang masih berada di situ segera menghubungi polis.

Penyamun Berputih Mata
SUMBER : SINAR HARIAN

ArticlePublished 17 Jun 2014 8.36 AMUpdated 15 Aug 2026 7.43 PM