Dua Pasangan Kekasih Ditahan Terlibat Dalam Sindiket Dadah D
Kuala
Lumpur, 7 Ogos - Polis menahan dua pasang kekasih yang dipercayai
bergiat aktif sejak setahun lalu dalam sindiket pengedaran dadah dan
curi kereta di sekitar Lembah Klang dalam dua serbuan berasingan
semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supt Aida Abdul Hamid berkata kira-kira pukul 1 tengah hari pihaknya
menahan dua wanita berusia 31 dan 36 tahun dalam satu serbuan terhadap
sebuah kereta Proton Waja yang diletakkan di hadapan kondominium di
Jalan Kuchai Lama.
"Susulan
tangkapan itu, telah membawa pihak polis ke sebuah kondominium di Jalan
Kuchai Maju 2 dan menahan dua lelaki berusia 32 dan 33 tahun," katanya
pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini, hari
ini.
Beliau
berkata, kira-kira 51 gram dadah jenis Eramin 5 dan 24 gram dadah jenis
syabu bernilai RM50,000 turut dirampas dalam rumah berkenaan selain
sebuah alat 'immobilizer' yang dipercayai digunakan untuk mematikan
penggera kereta yang dicuri.
"Kita
juga merampas tujuh alatan untuk menghisap dadah, sebilah pisau
berukuran 30cm, sebilah pisau pemotong daging, lima jam tangan
berjenama, lapan buah telefon bimbit, wang tunai bernilai RM3,450 dan
beberapa keping wang tunai Hong Kong," katanya.
Katanya
kesemua suspek positif dadah dan seorang daripada suspek mempunyai
rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah serta ditahan reman bermula
semalam.
Beliau
berkata kes disiasat di bawah Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan kerana
curi kenderaan dan Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sumber : BERNAMA