Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penutup Konvoi Kembara Motosikal 1malaysia

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Kembara Motosikal 1Malaysia', yang melakukan tunggangan secara berhemah dengan sentiasa mematuhi peraturan lalulintas di sepanjang perjalanan akan menjadi 'role model' terbaik di dalam mendidik para ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penutup-konvoi-kembara-motosikal-1malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:30 MYT

Kuala Lumpur - 22 September 2011. Gandingan erat Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, berkonsepkan gagasan 'National Blue Ocean Strategy' telah membentuk paduan tenaga yang jitu sekarang ini.

Buat pertama kalinya, gandingan PDRM dan ATM telah memberikan sokongan dan kerjasama kepada konvoi  'Kembara Motosikal 1Malaysia' yang disertai oleh ahli Superbikers Association of Malaysia (SAM), bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan ke 54 Tahun dan Hari Malaysia.

Seramai 350 orang peserta yang menunggang motosikal berkuasa tinggi 500cc ke atas telah menyertai konvoi tersebut, termasuk 30 orang peserta yang mewakili Polis Diraja Malaysia. Konvoi telah mengelilingi kesemua negeri di Semenanjung Malaysia dengan jarak keseluruhan laluan sejauh 2,175 kilometer.

Konvoi, bermula dari MINDEF, Jalan Padang Tembak, telah dilepaskan secara rasmi oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang di-Pertuan bagi Negeri Johor Darul Takzim di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 16 September 2011 dan penamatnya pada petang ini di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

" Matlamat dan tujuan utama "Kembara Motosikal 1Malaysia' adalah untuk menanam serta menyemarakkan semangat kemerdekaan dan patriotik, bukan sahaja di kalangan ahli-ahli Kelab SAM tetapi juga di kalangan masyarakat tempatan di setiap destinasi yang dikunjungi", ucap YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, merangkap Timbalan Presiden 1 SAM.

"Saya juga berharap, misi  'Kembara Motosikal 1Malaysia', yang melakukan tunggangan secara berhemah dengan sentiasa mematuhi peraturan lalulintas di sepanjang perjalanan akan menjadi 'role model' terbaik di dalam mendidik para pengguna motosikal di negara ini untuk lebih berdisiplin dan mematuhi segala peraturan jalan raya", ujar beliau lagi sebelum mengakhiri ucapannya.

Majlis Makan Malam Penutup 'Kembara Motosikal 1Malaysia' ini telah dihadiri oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pertahanan selaku Pengerusi Eksekutif Superbikers Association of Malaysia (SAM) bersama Y.Bhg. Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Bin Mohd Zain, Panglima Angkatan Tentera.

Turut hadir, YB Dato' Haji Abdul Halim bin Sulaiman, Presiden SAM, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM, Y.Bhg Leftenan Jeneral Dato' Roslan bin Saad, Timbalan Panglima Tentera Udara, Y.Bhg Mejar Jeneral Dato' Pahlawan Razif bin Idris, Timbalan Presiden 2 SAM dan YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

Penutup Konvoi Kembara Motosikal 1malaysia
Penutup Konvoi Kembara Motosikal 1malaysia
Sebahagian daripada motosikal berkuasa tinggi yang selamat sampai ke destinasi terakhir petang ini di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL).

Penutup Konvoi Kembara Motosikal 1malaysia
Ucapan alu-aluan oleh  YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, merangkap Timbalan Presiden 1 SAM.

Penutup Konvoi Kembara Motosikal 1malaysia
Ucapan oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pertahanan selaku Pengerusi Eksekutif Superbikers Association of Malaysia (SAM)

Penutup Konvoi Kembara Motosikal 1malaysia
Cenderahati daripada YDH Timbalan Ketua Polis Negara kepada YB Menteri Pertahanan

Penutup Konvoi Kembara Motosikal 1malaysia
Cenderahati kepada Presiden SAM

Penutup Konvoi Kembara Motosikal 1malaysia
Presiden SAM menyampaikan cenderahati kepada YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Sekitar Majlis Makan Malam

Cabutan bertuah..menerima sebuah topi keledar jenama 'Nolan' yang disampaikan oleh Y.Bhg. Datin Seri Hamidah Khamis, isteri YB Menteri Pertahanan

Penutup Konvoi Kembara Motosikal 1malaysia
Penutup Konvoi Kembara Motosikal 1malaysia
Ahli-ahli SAM bergambar kenangan...

Penutup Konvoi Kembara Motosikal 1malaysia
Penutup Konvoi Kembara Motosikal 1malaysia
Team dari PDRM yang menyertai konvoi 'Kembara Motosikal 1Malaysia'

Wartawan  : Sjn Zaiddin Dahalan
Jurufoto    : Sjn Zaiddin Dahalan dan L/Kpl Aslam Syir Khan

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM