Penutup Konvoi Kembara Motosikal 1malaysia
Kuala
Lumpur - 22 September 2011. Gandingan erat Polis Diraja Malaysia dan
Angkatan Tentera Malaysia, berkonsepkan gagasan 'National Blue Ocean
Strategy' telah membentuk paduan tenaga yang jitu sekarang ini.
Buat
pertama kalinya, gandingan PDRM dan ATM telah memberikan sokongan dan
kerjasama kepada konvoi 'Kembara Motosikal 1Malaysia' yang disertai
oleh ahli Superbikers Association of Malaysia (SAM), bersempena dengan
Sambutan Hari Kemerdekaan ke 54 Tahun dan Hari Malaysia.
Seramai
350 orang peserta yang menunggang motosikal berkuasa tinggi 500cc ke
atas telah menyertai konvoi tersebut, termasuk 30 orang peserta yang
mewakili Polis Diraja Malaysia. Konvoi telah mengelilingi kesemua negeri
di Semenanjung Malaysia dengan jarak keseluruhan laluan sejauh 2,175
kilometer.
Konvoi,
bermula dari MINDEF, Jalan Padang Tembak, telah dilepaskan secara rasmi
oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar, Sultan dan
Yang di-Pertuan bagi Negeri Johor Darul Takzim di Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 16 September 2011 dan penamatnya pada
petang ini di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.
"
Matlamat dan tujuan utama "Kembara Motosikal 1Malaysia' adalah untuk
menanam serta menyemarakkan semangat kemerdekaan dan patriotik, bukan
sahaja di kalangan ahli-ahli Kelab SAM tetapi juga di kalangan
masyarakat tempatan di setiap destinasi yang dikunjungi", ucap YDH DIG
Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, merangkap
Timbalan Presiden 1 SAM.
"Saya
juga berharap, misi 'Kembara Motosikal 1Malaysia', yang melakukan
tunggangan secara berhemah dengan sentiasa mematuhi peraturan lalulintas
di sepanjang perjalanan akan menjadi 'role model' terbaik di dalam
mendidik para pengguna motosikal di negara ini untuk lebih berdisiplin
dan mematuhi segala peraturan jalan raya", ujar beliau lagi sebelum
mengakhiri ucapannya.
Majlis
Makan Malam Penutup 'Kembara Motosikal 1Malaysia' ini telah dihadiri
oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pertahanan selaku
Pengerusi Eksekutif Superbikers Association of Malaysia (SAM) bersama
Y.Bhg. Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Bin Mohd Zain, Panglima Angkatan
Tentera.
Turut
hadir, YB Dato' Haji Abdul Halim bin Sulaiman, Presiden SAM, YDH CP
Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH CP Dato'
Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM, Y.Bhg
Leftenan Jeneral Dato' Roslan bin Saad, Timbalan Panglima Tentera Udara,
Y.Bhg Mejar Jeneral Dato' Pahlawan Razif bin Idris, Timbalan Presiden 2
SAM dan YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan Pusat Latihan Polis
Kuala Lumpur.


Sebahagian
daripada motosikal berkuasa tinggi yang selamat sampai ke destinasi
terakhir petang ini di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur
(PULAPOL KL).

Ucapan alu-aluan oleh YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, merangkap Timbalan Presiden 1 SAM.

Ucapan
oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pertahanan
selaku Pengerusi Eksekutif Superbikers Association of Malaysia (SAM)

Cenderahati daripada YDH Timbalan Ketua Polis Negara kepada YB Menteri Pertahanan

Cenderahati kepada Presiden SAM

Presiden SAM menyampaikan cenderahati kepada YDH Timbalan Ketua Polis Negara
Sekitar Majlis Makan Malam














Cabutan
bertuah..menerima sebuah topi keledar jenama 'Nolan' yang disampaikan
oleh Y.Bhg. Datin Seri Hamidah Khamis, isteri YB Menteri Pertahanan


Ahli-ahli SAM bergambar kenangan...


Team dari PDRM yang menyertai konvoi 'Kembara Motosikal 1Malaysia'
Wartawan : Sjn Zaiddin Dahalan
Jurufoto : Sjn Zaiddin Dahalan dan L/Kpl Aslam Syir Khan