Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penulis Ditahan Hantar Mesej Bergambar Jelik Berhubung Pm

Diterbitkan: 02 Jul 2016 1.03 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.24 PM
Johor Baharu, 2 Julai 2016 - Seorang penulis buku berusia 76 tahun ditahan polis hari ini setelah didapati menghantar mesej bergambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam aplikasi WhatsApp yang bersifat jelik bertujuan menghina.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penulis-ditahan-hantar-mesej-bergambar-jelik-berhubung-pm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:17 MYT
Johor Baharu, 2 Julai 2016 - Seorang penulis buku berusia 76 tahun ditahan polis hari ini setelah didapati menghantar mesej bergambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam aplikasi WhatsApp yang bersifat jelik bertujuan menghina.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd dalam kenyataan di sini berkata lelaki itu ditahan di rumahnya di Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor kira-kira pukul 12.15 tengah hari tadi setelah satu laporan polis diterima di negeri ini semalam.

Beliau berkata polis merampas seunit telefon bimbit berjenama Samsung G5 daripada lelaki itu dan dia akan direman di Mahkamah Majistret di sini, esok bagi melengkapkan siasatan.

"Suspek didapati telah memuat naik penghantaran mesej bergambar tersebut atas nama 'Pa Ya' dalam kumpulan WhatApps "Bicara Politik Melayu" yang bersifat jelik bertujuan menghina, lucah dan menyakitkan hati rakyat Malaysia.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan maksimum setahun atau kedua-duanya," kata beliau. - BERNAMA 
ArtikelDiterbitkan 02 Jul 2016 1.03 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.24 PM