Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lelaki Serang Wanita Di Jejantas Bank Negara Ditahan Polis

Diterbitkan: 02 Jul 2016 8.44 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.24 PM
Kuala Lumpur, 2 Julai - Seorang lelaki yang disyaki menendang seorang wanita di jejantas di sini Khamis lalu seperti yang terakam dalam kamera litar tertutup (CCTV) ditahan polis malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-serang-wanita-di-jejantas-bank-negara-ditahan-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:50 MYT
Kuala Lumpur, 2 Julai - Seorang lelaki yang disyaki menendang seorang wanita di jejantas di sini Khamis lalu seperti yang terakam dalam kamera litar tertutup (CCTV) ditahan polis malam tadi.

Aksi lelaki itu di jejantas Bank Negara yang menjadi viral menjadi topik perbualan hangat dan dikecam para netizen.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata suspek berusia 33 itu ditahan pada pukul 11.30 malam di Jinjang.

"Suspek pernah ditangkap kerana cuba menceroboh masuk ke kawasan Bank Negara
dengan bersenjatakan parang dan kes itu telah dituduh di mahkamah," katanya
dalam satu kenyataan.

Beliau berkata suspek sebelum ini dipercayai pernah menyerang seorang wanita
berhampiran Bank Negara namun mangsa tidak membuat laporan polis.

Dalam kejadian Khamis itu, mangsa yang bertugas di Bank Negara sedang berjalan di jejantas berkenaan apabila dia tiba-tiba ditendang dari arah belakang oleh seorang lelaki.

Akibat serangan itu mangsa cedera di pipi kanan akibat terjatuh dan dirawat di Hospital Pantai, Bangsar.

Dalam rakaman CCTV berdurasi 36 saat itu yang tersebar di media sosial menunjukkan wanita berkenaan tersungkur di lantai jejantas itu.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 02 Jul 2016 8.44 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.24 PM