Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penjenayah Serang Polis Cedera Ditembak

Published: 13 Jul 2018 9.55 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
SABAK BERNAM - Tindakan seorang penjenayah menyerang polismenggunakan sebilah pisau membawa padah selepas dia cedera ditembak di Jalan Panchang Bedena, di sini awal pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penjenayah-serang-polis-cedera-ditembak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:32 MYT

SABAK BERNAM - Tindakan seorang penjenayah menyerang polismenggunakan sebilah pisau membawa padah selepas dia cedera ditembak di Jalan Panchang Bedena, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 2.45 pagi, suspek berusia 37 tahun itu cedera di bahagian peha kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Nor Azmi Isa berkata, suspek dikehendaki atas kesalahan kes ugutan jenayah selain mempunyai lima rekod kes lampau iaitu tiga rekod kesalahan jenayah dan dua rekod kesalahan dadah.

Katanya, polis berjaya menjejaki suspek sewaktu rondaan jenayah dilakukan di kawasan tersebut.

"Kita terpaksa mengejar suspek sejauh 500 meter sehingga ke sebuah tempat timbang kelapa sawit sebelum suspek bertindak menyerang anggotapolis menggunakan sebilah pisau sepanjang 25 sentimeter.

"Polis kemudiannya melepaskan dua das tembakan amaran ke udara namun suspek terus menyerang dan menyebabkan anggota polis terlibat terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah suspek sebagai mempertahankan diri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas beliau, tembakan tersebut mengenai peha kaki kanan suspek sebelum berjaya diberkas polis.

"Suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini dengan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya.

Bacaan lanjut di Kosmo.

ArticlePublished 13 Jul 2018 9.55 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM