Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Terima Laporan Kes Buli Pelajar

Diterbitkan: 12 Jul 2018 11.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Shah Alam, 12 Julai 2018 - Polis mengesahkan menerima satu laporan berhubung kejadian buli membabitkan tiga pelajar di sebuah sekolah menengah di Klang.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-terima-laporan-kes-buli-pelajar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 22:33 MYT

Shah Alam, 12 Julai 2018 - Polis mengesahkan menerima satu laporan berhubung kejadian buli membabitkan tiga pelajar di sebuah sekolah menengah di Klang.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata pihaknya akan menjalankan siasatan berkaitan kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

"Berdasarkan laporan kita terima, kejadian berlaku ketika tiga pelajar sekolah berkenaan mengadakan latihan kawad dalam kawasan sekolah.

“Seorang pelajar tingkatan enam sekolah itu menampar muka seorang pelajar tingkatan empat ketika mereka mengadakan latihan kawad," katanya kepada pemberita pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri antara ACP Nor Azman Muhammad Yusuf dan ACP Harjinder Kaur.

Video berdurasi 12 saat yang tular di Facebook hari ini, memaparkan seorang pelajar ditampar seorang pelajar lain sambil disaksikan seorang rakannya ketika mereka mengadakan latihan kawad di sebuah sekolah menengah di Klang.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 12 Jul 2018 11.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM