Article
Penjenayah Patah Pinggang Jatuh Bumbung
Kuala Lumpur, 8 April - Gara-gara mengelakkan diri daripada ditahan pihak polis, seorang lelaki terpaksa terlantar di hospital akibat terjatuh dari bumbung seh...
Oleh : L/Kpl Muhammad Iqtar Bin Azmi
Kuala Lumpur, 8 April - Gara-gara mengelakkan diri daripada ditahan pihak polis, seorang lelaki terpaksa terlantar di hospital akibat terjatuh dari bumbung sehingga menyebabkan pinggangnya patah, Jumaat lalu.
Dalam sidang media yang berlangsung di Dewan Theaterette, Bukit Aman hari ini, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Risikan / Operasi / Rekod (D4) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,YDH SAC Abd Manaf Abdul Razak berkata lelaki tersebut antara suspek yang ditahan bersama dua rakan yang lain dalam serbuan ke atas sebuah bangunan yang dijadikan gudang pengumpulan dan meleraikan kenderaan curi terutamanya model Toyota Hilux dan Fortuner sebelum diseludup ke negara luar melalui jalan laut.
"Dengan tertangkapnya suspek-suspek ini, kami percaya telah berjaya mematahkan satu sindiket curi kenderaan dan menyelesaikan 17 kes curi kenderaan yang dianggarkan kerugian hampir RM2 juta".
"Dalam serbuan tersebut kami telah merampas beberapa kenderaan yang dipercayai dicuri termasuk sebuah kereta model Nissan Cefiro yang menggunakan nombor pendaftaran Singapura serta pelbagai komponen dan peralatan meleraikan kenderaan seperti gas oxy", tambahnya lagi.
Dalam sidang media yang sama, Polis Diraja Malaysia turut menerima lima buah kenderaan yang dicuri di negara ini yang telah diserahkan oleh Royal Thai Police (RTP) dalam sebuah operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu di Bandar Maek Long dan Khukup, Thailand baru-baru ini.
Kerjasama tersebut merupakan permulaan yang baik dan berterusan selain memberi amaran kepada penjenayah curi kenderaan bahawa aktiviti mereka akan dibanteras sehingga ke akar umbi.
"PDRM akan terus bekerjasama dengan mana-mana pasukan polis daripada negara luar dalam usaha membendung kes kecurian kenderaan bagi memastikan sindiket tidak dapat bergerak bebas biarpun diluar negara", katanya lagi.

YDH SAC Abd Manaf Abdul Razak Ketua Penolong Pengarah Bahagian Risikan / Operasi / Rekod (D4) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengendalikan sidang media.

Foto kawasan gudang serta hasil rampasan.

Foto penyerahan kenderaan curi oleh Royal Thai Police (RTP) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM)