Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pasangan Bawa Dadah Rempuh Sekatan

Diterbitkan: 12 Jun 2014 9.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pemeriksaan polis mencmui lima peket plastik kecil lutsinar dipercayai dadah jenis syabu dalam Pe-rodua Myvi berkenaan, namun pemandu dan penumpangnya tidak cedera...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pasangan-bawa-dadah-rempuh-sekatan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:42 MYT
Port Dickson: Tindakan satu pasangan kekasih dipercayai terbabit dalam kegiatan dadah mcrempuh sekatan polis dan memecut kereta mereka untuk meloloskan diri, gagal apabila ditahan selepas kenderaan itu terbabas lain terbalik di Batu 6, ]alan Pantai, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, sebelum terbabit dalam kemalangan itu, kedua-dua suspek merempuh sekatan di Kilometer 0.8, Jaian Sua Betong Sunggala dalam penugasan 'Op Cantas Khas' di ketuai Inspektor Abd Majid Tasrim bersama enam anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN0 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson.
 

Pemeriksaan polis mencmui lima peket plastik kecil lutsinar dipercayai dadah jenis syabu dalam Pe-rodua Myvi berkenaan, namun pemandu dan penumpangnya tidak cedera.

Abd Wahab berkata, turut ditemui dalam but kereta tiga ragum, sebilah pahat, dua batang besi pengumpil, dua batang pemutar skru, seba tang 'alien key', segugus kunci, dua topeng mulut, lima sarung tangan getah. walkie-talkie dan sebilah parang panjang.

Beliau berkata, suspek wanita yang juga ibu tunggal didapati mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah, manakala suspek lelaki pula tiada rekod jenayah. Menurutnya, siasatan kes dijalankan mengikut Sek syen 39B (1) Akta Dadah Bcrbahaya 1952.

Pasangan Bawa Dadah Rempuh Sekatan
Sumber: Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 9.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM