Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penjenayah Patah Pinggang Jatuh Bumbung 20140619

Published: 19 Jun 2014 3.42 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 8 April – Gara-gara mengelakkan diri daripada ditahan pihak polis, seorang lelaki terpaksa terlantar di hospital akibat terjatuh dari bumbung sehingga menyebabkan pinggangnya patah, Juma..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penjenayah-patah-pinggang-jatuh-bumbung-20140619
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:29 MYT

Kuala Lumpur, 8 April – Gara-gara mengelakkan diri daripada ditahan pihak polis, seorang lelaki terpaksa terlantar di hospital akibat terjatuh dari bumbung sehingga menyebabkan pinggangnya patah, Jumaat lalu.

Dalam sidang media yang berlangsung di Dewan Theaterette, Bukit Aman hari ini, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Risikan / Operasi / Rekod (D4) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, SAC Abd Manaf Abdul Razak berkata lelaki tersebut antara suspek yang ditahan bersama dua rakan yang lain dalam serbuan ke atas sebuah bangunan yang dijadikan gudang pengumpulan dan meleraikan kenderaan curi terutamanya model Toyota Hilux dan Fortuner sebelum diseludup ke negara luar melalui jalan laut.

"Dengan tertangkapnya suspek-suspek ini, kami percaya telah berjaya mematahkan satu sindiket curi kenderaan dan menyelesaikan 17 kes curi kenderaan yang dianggarkan kerugian hampir RM2 juta".

"Dalam serbuan tersebut kami telah merampas beberapa kenderaan yang dipercayai dicuri termasuk sebuah kereta model Nissan Cefiro yang menggunakan nombor pendaftaran Singapura serta pelbagai komponen dan peralatan meleraikan kenderaan seperti gas oxy", tambahnya lagi.

Dalam sidang media yang sama, Polis Diraja Malaysia turut menerima lima buah kenderaan yang dicuri di negara ini yang telah diserahkan oleh Royal Thai Police (RTP) dalam sebuah operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu di Bandar Maek Long dan Khukup, Thailand baru-baru ini.

Kerjasama tersebut merupakan permulaan yang baik dan berterusan selain memberi amaran kepada penjenayah curi kenderaan bahawa aktiviti mereka akan dibanteras sehingga ke akar umbi.

"PDRM akan terus bekerjasama dengan mana-mana pasukan polis daripada negara luar dalam usaha membendung kes kecurian kenderaan bagi memastikan sindiket tidak dapat bergerak bebas biarpun diluar negara", katanya lagi.

Penjenayah Patah Pinggang Jatuh Bumbung 20140619
Penjenayah Patah Pinggang Jatuh Bumbung 20140619
Penjenayah Patah Pinggang Jatuh Bumbung 20140619

Sumber : Unit Portal Dan Media Sosial Bukit Aman

ArticlePublished 19 Jun 2014 3.42 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM