Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penjenayah Paling Dikehendaki Polis Jempol

Published: 28 Nov 2017 4.26 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam pelbagai jenayah di daerah Jempol sejak sembilan tahun lalu disenaraikan antara 64 individu yang dikehendaki oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penjenayah-paling-dikehendaki-polis-jempol
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:46 MYT
PENJENAYAH PALING DIKEHENDAKI POLIS JEMPOL

Tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam pelbagai jenayah di daerah Jempol sejak sembilan tahun lalu disenaraikan antara 64 individu yang dikehendaki oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol.

Ketiga-tiga suspek itu merupakan individu paling dikehendaki bagi membantu siasatan melibatkan kes rogol, mendatangkan kecederaan serta curi dan samun berkumpulan bersenjata.

Tiga lelaki terbabit ialah Mohmad Maulud, 59, L.Balasegaran, 35, dan Mohd. Azmi Bastani, 33.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kesemua individu itu boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol, ASP Md. Yusof Ahmad di talian 013-9760019 dan juga boleh menghubungi IPD Jempol di talian 06-4583449 atau mana-mana balai polis berhampiran. Identiti individu yang menyalurkan maklumat akan dirahsiakan.

Sumber: Kosmo
Penjenayah Paling Dikehendaki Polis Jempol

ArticlePublished 28 Nov 2017 4.26 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM