Pengerusi Kawasaki Motors Malaysia Membuat Kunjungan Ke Bukit Aman
Kuala Lumpur, 28 November 2017 – Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Dato’ Tajudin Md Isa yang mewakili Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun telah menerima kunjungan hormat Pengerusi Eksekutif Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd, Ahmad Faez Tan Sri Yahaya di biliik tetamu KPN, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.
Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut Timbalan Pengarah 1, Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman, Dato’ Mat Kassim Mat Karim dan Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf.
Sekitar sesi kunjung hormat..
Sekitar sesi kunjung hormat..
Sekitar sesi kunjung hormat..