Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penjawat Awam Antara Anggota Kumpulan Curi Diberkas

Published: 17 Jun 2014 12.51 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Labuan menumpaskan tiga kumpulan curi dalam tempoh tidak sampai sebulan setelah menahan 20 anggota dan ketua-ketuanya di sini sejak hujung bulan lepas..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penjawat-awam-antara-anggota-kumpulan-curi-diberkas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:29 MYT
LABUAN, 3 April (Bernama) -- Polis Labuan menumpaskan tiga kumpulan curi dalam tempoh tidak sampai sebulan setelah menahan 20 anggota dan ketua-ketuanya di sini sejak hujung bulan lepas.

Seorang daripada anggota kumpulan itu ialah penjawat awam dan empat lagi adalah wanita, kata Ketua Polis Labuan Saiman Kasran kepada Bernama hari ini.

Katanya tangkapan terbaru dibuat di sini pada Ahad lepas apabila polis memberkas 10 orang dalam satu serbuan di sebuah hotel di sini.

Polis merampas barang berharga dan wang yang berjumlah RM30,000 yang dipercayai dicuri daripada pelancong dan rakyat asing yang bekerja di sini.

"Dengan semua tangkapan ini, polis yakin dapat menyelesaikan 29 kes yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan ini," kata Saiman.
ArticlePublished 17 Jun 2014 12.51 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM