Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Barangan Bersubsidi Dirampas Cuba Diseludup Ke Negara Jiran

Diterbitkan: 17 Jun 2014 12.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Barangan bersubsidi merupakan antara barangan bernilai RM33,357 yang dirampas oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau dari sebuah bot di kawasan pantai Batu Batu, Sabindo..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/barangan-bersubsidi-dirampas-cuba-diseludup-ke-negara-jiran
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:18 MYT

TAWAU, 4 April 2012 (Bernama) --- Barangan bersubsidi merupakan antara barangan bernilai RM33,357 yang dirampas oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau dari sebuah bot di kawasan pantai Batu Batu, Sabindo petang semalam.

Pemangku Pegawai Pemerintah PPM Tawau, ASP Mohamad Ismail berkata Rabu, barangan bersubsidi seperti gula pasir seberat 624kg, petrol (675 liter), Beras Nasional (290kg), Beras Bumi Sabah (290kg), minyak masak (207kg) dan gas memasak (9 tong) dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

"Bertindak atas maklumat orang awam, anggota kami memeriksa sebuah jongkong di kawasan pantai Batu Batu dan menemui barangan berkenaan. Juragan jongkong berusia 24 tahun iaitu seorang warganegara Indonesia dan jongkongnya kemudiannya ditahan selepas dia gagal menunjukan dokumen berkaitan barangan itu," katanya.

Kes berkenaan disiasat di bawah Akta Kastam.

Pada 29 dan 30 Mac lalu, PPM Tawau juga menggagalkan cubaan menyeludup keluar gula pasir sebanyak 2,760kg, gas memasak (68 tong), daging beku (600kg), baja sebatian (400kg), lada kering (350kg), lobak merah (31 kotak) dan sayap ayam (2 kotak).

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 12.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM