Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penipuan Wang Persaraan

Published: 18 Jul 2014 5.11 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah percaya dengan tawaran oleh mana-mana individu yang hanya dikenali melalui media sosial untuk melakukan transaksi wang bagi mendapatkan habuan yang lebih besa..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penipuan-wang-persaraan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:08 MYT
Penipuan Wang Persaraan

Penipuan Wang Persaraan

Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah percaya dengan tawaran oleh mana-mana individu yang hanya dikenali melalui media sosial untuk melakukan transaksi wang bagi mendapatkan habuan yang lebih besar.


Sindiket penipuan yang memperdaya mangsa untuk mengeluarkan sejumlah wang yang didakwa mengikut taktik seperti berikut:

1. Suspek mula berkenalan dengan mangsa melalui media sosial dan mangsa kebanyakannya adalah wanita pelbagai bangsa. 

2. Mangsa telah berkenalan dengan suspek yang kononnya merupakan pesara tentera USA di Afganistan.

3. Bagi mendapatkan wang persaraan yang didakwa bernilai 2 juta US Dollar, suspek meminta mangsa menghantar beberapa transaksi wang kepada beberapa individu lain bagi mendapatkan wang persaraan tersebut dan akan berkongsi wang persaraan itu dengan mangsa.

4. Suspek kemudian meminta mangsa untuk berurusan dengan sebuah syarikat logistik melalui seorang individu lain bagi mendapatkan wang persaraan tersebut.

5. Mangsa hanya sedar tertipu apabila cubaan untuk berjumpa dengan individu yang dimaksudkan gagal.

ArticlePublished 18 Jul 2014 5.11 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM