Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penipuan Menggunakan Parcel Bungkusan

Diterbitkan: 18 Jul 2014 5.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah percaya dengan tawaran oleh mana-mana individu .....
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penipuan-menggunakan-parcel-bungkusan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:01 MYT
Penipuan Menggunakan Parcel (Bungkusan)

Penipuan Menggunakan Parcel Bungkusan

Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah percaya dengan tawaran oleh mana-mana individu yang hanya dikenali melalui media sosial untuk menerima bungkusan/parcel yang kononnya sebagai tanda persahabatan.

Orang ramai juga perlu membuat semakan dengan pihak berwajib (kastam atau syarikat kurier) dengan menghubungi nombor yang sahih bagi mendapatkan kepastian sama ada wujud atau tidak bungkusan/parcel seperti yang dimaksudkan.

Sindiket penipuan yang memperdaya mangsa untuk mengeluarkan sejumlah wang yang didakwa bagi tujuan pembayaran kos bungkusan/parcel yang dikirim menggunakan taktik seperti berikut:

1. Mangsa berkenalan dengan sindiket melalui laman web sosial yang kononnya berasal dari negara-negara di United Kingdom. Mangsa kebanyakannya adalah wanita pelbagai bangsa yang bersendirian/kesepian.

2. Sebagai tanda persahabatan, sindiket akan menghantar bungkusan hadiah kononnya mengandungi barang kemas dan wang tunai kepada mangsa. 

3. Mangsa kemudiannya dihubungi seseorang yang mengaku sebagai pegawai kastam di lapangan terbang atau syarikat kurier, mengatakan barang yang dihantar telah sampai dan ditahan kerana tidak membayar cukai, insurans atau wang tunai tidak diisytihar. 

4. Mangsa diyakinkan pula dengan panggilan telefon oleh orang tempatan kononnya bungkusan/parcel tersebut telah sampai di Malaysia dan perlu membuat bayaran ‘clearance’.

5. Pembayaran perlu dibuat kepada sindiket melalui nombor akaun yang tertentu. Mangsa hanya sedar tertipu apabila barang yang dihantar tidak diterima.
ArtikelDiterbitkan 18 Jul 2014 5.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM