Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penipuan Tawaran Kerja Di Rumah

Published: 18 Jul 2014 5.23 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
SCAM ALERT: Pernahkah anda melihat atau terbaca iklan menawarkan pekerjaan menarik yang boleh dilakukan di rumah? Pekerjaan tersebut menawarkan gaji lumayan dan kerja yang ditawarkan adalah mudah sepe..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penipuan-tawaran-kerja-di-rumah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:43 MYT
Penipuan Tawaran Kerja Di Rumah

Penipuan Tawaran Kerja Di Rumah
SCAM ALERT: Pernahkah anda melihat atau terbaca iklan menawarkan pekerjaan menarik yang boleh dilakukan di rumah? Pekerjaan tersebut menawarkan gaji lumayan dan kerja yang ditawarkan adalah mudah seperti menaip dan mengisi katalog dalam sampul surat. 

Kegiatan ini merupakan teknik penipuan oleh sindiket untuk menjerat mangsa yang ingin mencari rezeki sampingan, suri rumah yang ingin bantu meringankan beban tanggungan keluarga dan individu yang mudah tertarik dengan tawaran lumayan.

Modus Operandi
1. Suspek masukkan iklan kecil dalam akhbar harian untuk menarik perhatian mangsa
2. Suspek menggunakan alamat palsu / tidak wujud, pejabat kosong, pejabat orang lain atau alamat peti surat perkhidmatan pos agar identiti serta kegiatan mereka sukar dikesan
3. Orang yang tertarik boleh terus hubungi syarikat terbabit melalui telefon bimbit atau SMS
4. Suspek akan minta nama dan alamat mangsa untuk mengirimkan borang pendaftaran
5. Mangsa diminta masukkan wang deposit (wang pendaftaran kerja) ke dalam akaun syarikat atau dibayar melalui kiriman wang, cek serta wang pos
6. Mangsa kemudiannya perlu mengirim borang pendaftaran yang diisi bersama slip bank ke alamat syarikat berserta dengan satu sampul kosong bersetem
7. Setelah mangsa kirim semua dokumen diminta, suspek akan hilangkan diri
ArticlePublished 18 Jul 2014 5.23 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM