Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penipuan Black Money

Diterbitkan: 18 Jul 2014 5.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
SCAM ALERT: Penipuan melibatkan mata wang asing atau lebih dikenali sebagai Black Money Scam adalah satu penipuan oleh sindiket warga Afrika dengan memperdaya mangsa yang dikenali di laman sosial untu..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penipuan-black-money
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:55 MYT
Penipuan Black Money

Penipuan Black Money

SCAM ALERT: Penipuan melibatkan mata wang asing atau lebih dikenali sebagai Black Money Scam adalah satu penipuan oleh sindiket warga Afrika dengan memperdaya mangsa yang dikenali di laman sosial untuk mengeluarkan sejumlah wang kononnya untuk membeli sejenis bahan kimia untuk mencuci "wang" dan dijanjikan hasil yang lumayan.

Modus operandi
1. Suspek menggunakan keratan kertas hitam bersaiz dolar... Amerika Syarikat kononnya wang kertas tulen yang sengaja dihitamkan (black money) untuk diseludup keluar negara tanpa dikesan oleh pihak berkuasa. 

2. Wang tersebut kononnya wang kekayaan bekas diktator yang meninggal dunia. 

3. Mangsa ditawarkan sebahagian daripada kekayaan tersebut sekiranya membantu membiayai kos membeli cecair kimia untuk membersihkan wang hitam tersebut. 

4. Mangsa terpedaya dengan tawaran berkenaan dan sanggup mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk membeli cecair kimia yang dikatakan ‘mahal’ itu. 

5. Setelah memperolehi wang daripada mangsa, suspek menghilangkan diri.

Elakkan daripada menjadi mangsa penipuan ini dan berhati-hati sekiranya berurusan dengan orang yang dikenali melalui media sosial
ArtikelDiterbitkan 18 Jul 2014 5.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM