Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penipuan Sms Lucky Draw

Published: 18 Jul 2014 5.18 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
SCAM ALERT : 'Lucky Draw' adalah satu lagi taktik penipuan yang disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan daripada orang ramai...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penipuan-sms-lucky-draw
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 00:14 MYT
Penipuan SMS 'Lucky Draw'

Penipuan Sms Lucky Draw

SCAM ALERT : 'Lucky Draw' adalah satu lagi taktik penipuan yang disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan daripada orang ramai. 

Anda dinasihatkan supaya berhati-hati apabila menerima sebarang sistem pesanan ringkas (SMS) dari mana-mana pihak yang menyatakan anda adalah orang yang bertuah dan telah memenangi sejumlah wang dalam peraduan 'Lucky Draw'. Modus operandi mereka adalah :

1.Mangsa menerima SMS yang menyatakan bahawa beliau telah memenangi peraduan ‘Lucky Draw’ dari luar negara.
2.Mangsa dikehendaki berhubung dengan suspek untuk keterangan lanjut.
3.Mangsa dikehendaki memasukkan wang tunai ke akaun suspek sebagai wang cagaran.
4.Suspek memberi jaminan palsu bahawa hadiah wang tunai yang dimenangi akan dimasukkan ke dalam akaun mangsa dan terus menghilangkan diri.
ArticlePublished 18 Jul 2014 5.18 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM