Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penipuan Kewangan Melalui Email

Diterbitkan: 18 Jul 2014 5.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
SCAM ALERT : Orang ramai diingatkan agar berhati-hati dengan e-mel dihantar oleh mana-mana institusi kewangan supaya mengemaskini apa-apa maklumat perbankan melalui klik pada pautan yang diberikan. An..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penipuan-kewangan-melalui-email
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:17 MYT
Penipuan Kewangan Melalui Email

Penipuan Kewangan Melalui Email

SCAM ALERT : Orang ramai diingatkan agar berhati-hati dengan e-mel dihantar oleh mana-mana institusi kewangan supaya mengemaskini apa-apa maklumat perbankan melalui klik pada pautan yang diberikan. Anda mungkin menjadi mangsa penipuan. 

Modus operandi:
1. Sindiket akan menghantar e-mel secara rawak untuk mempengaruhi mangsa supaya mengemaskini maklumat perbankan mereka
2. E-mel yang dihantar akan disertakan pautan yang menghubungkan pengguna kepada sebuah laman web palsu ...sesebuah bank. 
3. Mangsa akan dikehendaki mengisi maklumat diruangan disediakan oleh sindiket di laman palsu tersebut.
4. Maklumat kewangan yang diperolehi seperti kata laluan dan password akan digunakan oleh sindiket untuk masuk kedalam perbankan internet mangsa. 

Nasihat Polis
1. Jangan klik pautan yang dihantar oleh bank melalui e-mel kepada anda dan dapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada bank berkenaan. 
2. Pastikan anda tidak mendedahkan maklumat keselamatan kewangan anda kepada sesiapa sahaja dalam apa jua keadaan pun
3. Sekiaranya anda telah memasukkan apa-apa maklumat dalam laman yang meragukan, dinasihatkan menghubungi pihak bank dalam kadar yang segera.
ArtikelDiterbitkan 18 Jul 2014 5.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM