Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penipuan Pelaburan Mlm

Published: 18 Jul 2014 5.09 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran menyertai perniagaan yang berbentuk skim piramid dan pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang menjanjikan pulangan lumayan.....
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penipuan-pelaburan-mlm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:47 MYT
Penipuan Pelaburan MLM

Penipuan Pelaburan Mlm

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran menyertai perniagaan yang berbentuk skim piramid dan pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang menjanjikan pulangan lumayan. Orang ramai seharusnya mengambil langkah awal untuk mengelakkan menjadi mangsa penipuan dengan membuat semakan di Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mengetahui status perniagaan syarikat yang dinyatakan benar atau sebaliknya.

Antara modus operandi yang dikenalpasti digunakan oleh sindiket:

1. Pada mulanya ahli sindiket akan mengajak mangsa supaya keluar minum petang atau makan malam untuk membincangkan peluang perniagaan.

2. Selepas itu, ahli sindiket bercerita tentang skim perniagaan di mana mangsa hanya perlu mencari ahli baru untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda dalam masa yang singkat.
 

3. Skim pelaburan ini menjelaskan di mana terdapat beberapa pangkat di dalam syarikatnya seperti Grand Duke @ Arch Duke, Duke, Marquis, Count, Baron, Francais dan Members.
 

4. Ahli sindiket juga biasanya akan menggunakan kenderaan-kenderaan mewah untuk menarik perhatian mangsa sebagai down linenya.
 

5. Mangsa berasa tertipu apabila pulangan yang dijanjikan tidak diperolehi.
ArticlePublished 18 Jul 2014 5.09 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM