Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penipuan Gandakan Wang Tumpas

Diterbitkan: 19 Jun 2014 4.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Orang ramai yang pernah terlibat dalam pelaburan yang mempunyai M.O yang sama supaya diminta membuat laporan Polis di balai terdekat. Orang ramai dinasihatkan supaya membuat semakan terlebih dahulu ke..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penipuan-gandakan-wang-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:36 MYT
Polis Kuala Lumpur berjaya menangkap seorang perempuan warganegara asing dan telah merampas lima bundle wang kertas USD100 yang disyaki palsu, tiga bundle wang kertas RM50.00 yang disyaki palsu, tiga bundle kertas putih ukuran wang kertas RM50.00, satu plastik mengandungi serbuk berwarna kekuningan dan note USD yang belum disahkan ketulenannya.

Orang ramai yang pernah terlibat dalam pelaburan yang mempunyai M.O yang sama supaya diminta membuat laporan Polis di balai terdekat. Orang ramai dinasihatkan supaya membuat semakan terlebih dahulu ke atas sebarang bentuk pelaburan yang ingin diceburi yang meragukan .
 
Polis mengalu-alukan sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan kes-kes ini. Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pusat Kawalan / Hotline PolisKL 03-21159999 atau Pejabat Risikan Komersil IPK KL ditalian 03-21460642

Penipuan Gandakan Wang Tumpas

Sumber IPK Kuala Lumpur
ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 4.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM