Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penipuan Cek

Diterbitkan: 24 Apr 2014 3.21 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.50 PM
Mangsa kebiasaannya terdiri daripada pemilik cek individu atau syarikat yang sering menggunakan khidmat penghantaran cek melalui pos. Cek yang dihantar akan dipinda dengan bahan kimia tanpa menjejaskan ciri keselamatan yang ada.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penipuan-cek
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:33 MYT
Penipuan Cek
SCAM ALERT: Mangsa kebiasaannya terdiri daripada pemilik cek individu atau syarikat yang sering menggunakan khidmat penghantaran cek melalui pos. Cek yang dihantar akan dipinda dengan bahan kimia tanpa menjejaskan ciri keselamatan yang ada. 

Modus operandi: 
1. Sindiket akan mencuri sampul surat yang mengandungi cek daripada peti surat atau peti pos.
2. Nama penerima, dan nilai sebenar cek terseb...ut kemudiannya dipadam menggunakan bahan kimia dan ditulis / dicetak semula dengan nilai dan penerima baru.
3. Cek yang telah dipinda itu dikreditkan ke akaun suspek melalui mesin deposit cek (CDM) yang terdapat di bank. 
4. Mangsa akan menyedari cek telah dipintas oleh individu tertentu setelah penerima tidak menerima cek tersebut.

Nasihat polis.
Orang ramai dinasihatkan supaya mengurangkan penghantaran cek melalui peti surat dan peti pos. Sebagai alternatif individu atau syarikat boleh membuat pembayaran melalui deposit tunai atau pembayaran tunai.
ArtikelDiterbitkan 24 Apr 2014 3.21 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.50 PM