Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Malam Anugerah Sukan Pdrm 2006

Diterbitkan: 09 Jun 2014 1.06 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.50 PM
Majlis Sukan PDRM telah mengadakan Majlis Anugerah Sukan PDRM 2006 di Dewan Banquet, Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/malam-anugerah-sukan-pdrm-2006
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:47 MYT

Cheras-6 Februari 2007.Majlis Sukan PDRM telah mengadakan Majlis Anugerah Sukan PDRM 2006 di Dewan Banquet, Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur. Ketibaan Tan Sri Musa Bin Dato' Hj Hassan, Ketua Polis Negara disambut oleh Dato' Mohd Amir Bin Sulaiman, Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi majlis Anugerah Sukan PDRM. Majlis yang bertemakan ' Era Pembaharuan dan Kecermelangan Sukan PDRM ' telah dirasmikan oleh Ketua Polis Negara berjaya mengangkat para atlit PDRM diperingkat antarabangsa menerusi program sukan yang dijalankan dibawah penyeliaan Majlis Sukan Negara dengan kerjasama Majlis Sukan PDRM. Olahragawan PDRM 2006 sekali lagi disandang oleh Sarjan/T Sazali Abd. Samad dari acara bina badan manakala Olaragawati pula disandang oleh Konstabel/T Siti Zalina Ahmad dari acara lawn bowls.

Malam Anugerah Sukan Pdrm 2006

Bangga...Sarjan/T Sazali Abd. Samad dan Konstabel/T Siti Zalina Ahmad dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati tahun 2006 pada Malam Anugerah Sukan PDRM 2006 dan hadiah disampaikan oleh YDH Tan Sri Musa Bin. Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 1.06 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.50 PM