Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pengusaha Lerai Kereta Curl Di Premis Terpakai Ditahan

Published: 18 Jun 2014 6.01 AM Updated: 15 Aug 2026 7.37 PM
Tindakan seorang pengusaha premis barangan lusuh dan terpakai mengaut keuntungan dengan membeli serta menjual alat ganti kenderaan curi mengundang padah apabila dia ditahan semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengusaha-lerai-kereta-curl-di-premis-terpakai-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:36 MYT

Tindakan seorang pengusaha premis barangan lusuh dan terpakai mengaut keuntungan dengan membeli serta menjual alat ganti kenderaan curi mengundang padah apabila dia ditahan semalam.

Tangkapan terhadap suspek wanita berusia 43 tahun itu dibuat selepas polis menyerbu premis seluas satu hektar tersebut yang terletak di Mukim Labu di sini pada pukul 9 pagi. Turut ditahan 11 lelaki termasuk enam warga India dan seorang pembeli yang berusia 30 hingga 50 tahun bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membantu melupus harta curi yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pengusaha Lerai Kereta Curl Di Premis Terpakai Ditahan
Sumber : Keratan Akhbar Kosmo

ArticlePublished 18 Jun 2014 6.01 AMUpdated 15 Aug 2026 7.37 PM