Penghargaan Dari Warga Bosnia Herzegovina
Mr.
Erwin Ahbabovic telah menetap di Malaysia sejak dari tahun 1995 dan
baru-baru ini telah menyampaikan rasa penghargaan dan terima kasih
kepada Polis Diraja Malaysia di atas khidmat cemerlang. Beliau turut mengunjungi Ibu Pejabat PDRM untuk menyampaikan penghargaannya.
Tahniah
kepada semua pegawai dan anggota yang telah secara langsung bekerjasama
dan memberikan khidmat yang baik kepada masyarakat.
