Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pengedar Dadah Tidak Serik

Diterbitkan: 18 Jun 2014 5.46 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.37 PM
Temerloh - Seorang bekas pelatih Pusat Serenti yang baru setahun dibebaskan kini berhadapan hukuman gantung mandatori jika disabitkan kesalahan kerana mengedar seberat 75.4 gram dadah heroin dan syabu..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengedar-dadah-tidak-serik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:46 MYT

Temerloh - Seorang bekas pelatih Pusat Serenti yang baru setahun dibebaskan kini berhadapan hukuman gantung mandatori jika disabitkan kesalahan kerana mengedar seberat 75.4 gram dadah heroin dan syabu.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, suspek yang berusia 21 tahun itu ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Taman Rimba di sini jam 2 pagi semalam bersama dadah bernilai RM12,000 itu.

Hasil pemeriksaan mendapati suspek memiliki dadah jenis heroin dengan anggaran berat 46.2 gram, syabu (29.2 gram) dan sebiji dadah erimen 5 yang disimpan dalam beg galas.

Selain dadah , polis turut merampas alat penimbang dadah dan telefon bimbit.

Pengedar Dadah Tidak Serik
Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 5.46 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.37 PM