Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tumpas Cubaan Seludup Dadah Melalui Udara, Pos

Diterbitkan: 18 Jun 2014 5.45 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.37 PM
BUKIT AMAN, 20 November 2013 – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) pada hari ini telah mengadakan satu sidang media berkenaan kejayan JSJN mematahkan beberapa cubaan menyeludup dadah ke dalam neg.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpas-cubaan-seludup-dadah-melalui-udara-pos-20140618
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:51 MYT

BUKIT AMAN, 20 November 2013 – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) pada hari ini telah mengadakan satu sidang media berkenaan kejayan JSJN mematahkan beberapa cubaan menyeludup dadah ke dalam negara iaitu 3 cubaan melalui pintu masuk lapangan terbang dan 2 lagi cubaan menggunakan perkhidmatan penghantaran barang antarabangsa.

Tangkapan pertama dibuat ke atas seorang penumpang pesawat wanita warganegara China yang baru turun dari pesawat dan pihak polis telah merampas 3 bungkusan dadah jenis syabu yang disembunyikan di ruang yang telah diubahsuai di bahagian bawah beg dengan anggaran berat 2.1kg bernilai RM315,000.00 .

Manakala tangkapan kedua dibuat pada hari yang sama terhadap seorang wanita warganegara Filipina yang baru tiba dari Macau. Dalam tangkapan tersebut,polis berjaya merampas 6 bungkusan aluminium berisi dadah jenis syabu dengan anggaran berat 3kg bernilai RM450,000.00 yang disembunyikan di dalam kotak susu.

Tangkapan ketiga pula dibuat ke atas seorang penumpang pesawat lelaki warganegara India yang tiba dari New Delhi yang mendarat di LTSAS, Kuantan dengan membawa dadah jenis Syabu dengan berat anggaran 2.9kg bernilai RM435,00.00. Dadah terbabit disembunyikan dalam 4 buah kotak di ruang beg yang telah diubahsuai dan di bawah tapak sepasang kasut.

Dua cubaan menyeludup yang lain pula, pada 18 November lalu, polis pihak polis telah merampas sebuah kotak yang mengandungi sebatang silinder (oil filter) di pejabat syarikat penghantaran antarabangsa KLIA, Sepang yang mengandungi 6 peket plastik mengandungi dadah jenis Syabu yang ditampal di sekeliling bahagian dalam silinder.

Pada hari yang sama juga pihak polis berjaya menahan 5 orang ahli sindiket yang terdiri daripada 1 lelaki dan 3 wanita warga tempatan serta 1 lelaki warganegara Nigeria yang sedang memunggah keluar dua buah kotak dari sebuah kenderaan di hadapan sebuah hotel di Jalan Ipoh, Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua kotak tersebut mengandungi 160 peket plastik berisi dadah jenis syabu dengan berat anggaran 3.4kg dan nilai anggaran RM510,000.00 yang disembunyikan di bahagian dalam pengecas bateri telefon bimbit.

Salah seorang wanita terbabit, merupakan isteri kepada seorang lelaki warga Nigeria yang telah ditangkap kerana menjadi dalang kepada satu sindiket pengedaran dadah yang berjaya ditumpaskan pada tahun 2012 yang lepas.

Kesemua yang ditangkap adalah berumur antara 27 hingga 47 tahun kini ditahan reman dan disiasat di bawah Sek.39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Polis Tumpas Cubaan Seludup Dadah Melalui Udara, Pos
Polis Tumpas Cubaan Seludup Dadah Melalui Udara, Pos
Polis Tumpas Cubaan Seludup Dadah Melalui Udara, Pos
Polis Tumpas Cubaan Seludup Dadah Melalui Udara, Pos
Polis Tumpas Cubaan Seludup Dadah Melalui Udara, Pos
Sumber : Unit Portal Dan Media Rasmi PDRM

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 5.45 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.37 PM