PENGEDAR DADAH – anda merupakan petualang bangsa dan pengkhianat negara kerana tindakan anda mencari keuntungan di atas kesengsaraan orang lain, adalah perbuatan yang tidak boleh dimaafkan. Ingatlah, hukuman dunia akhirat menanti anda. Perbuatan anda mengedar dadah telah menyebabkan ahli masyarakat kita sendiri, hilang pedoman hidup sehingga mengakibatkan keluarga mereka porak-peranda, jenayah timbul di sini-sana dan gejala sosial merebak umpama virus.
WARGA MALAYSIA, sama-samalah kita bangkit dan selamatkan bangsa kita dari pengkhianat dan durjana dadah berbahaya.

Sumber:Utusan Malaysia.