Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pengedar Dadah Maut Dua Ditahan Di Bandar Sunway

Diterbitkan: 17 Jun 2014 2.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis melakukan serbuan ke sebuah unit di kondominium itu, yang dipercayai menjadi pusat pembungkusan dan pengedaran dadah pada kira-kira 4.45 petang hasil risikan selama seminggu...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengedar-dadah-maut-dua-ditahan-di-bandar-sunway
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:56 MYT

Pengedar Dadah Maut, Dua Ditahan Di Bandar Sunway

Kuala Lumpur, 10 Mac - Seorang lelaki, dipercayai pengedar dadah, maut akibat terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondomium di Bandar Sunway dekat sini ketika cuba melarikan diri daripada serbuan polis hari ini.

Polis melakukan serbuan ke sebuah unit di kondominium itu, yang dipercayai menjadi pusat pembungkusan dan pengedaran dadah pada kira-kira 4.45 petang hasil risikan selama seminggu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata pihaknya terpaksa memecahkan pintu unit kondominium itu apabila tiga suspek berumur antara 20 dan 30 tahun mengunci pintu selepas anggota polis memperkenalkan diri.

Beliau berkata dua suspek ditahan ketika cuba melupus bahan bukti dengan mengepam dadah ke dalam mangkuk tandas.

Mangsa pula cuba melarikan diri melalui balkoni untuk ke unit di tingkat 15, bagaimana dia dipercayai tergelincir lalu terjatuh di kaki lima kawasan kondominium itu.

"Pemeriksaan lanjut pada mayat suspek, polis menemui lima paket plastik lut sinar dan tiub kecil disyaki mengandungi heroin," katanya.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. Yahaya juga berkata polis kini menyiasat modus operandi kumpulan itu dan rangkaian pengedaran mereka.


Turut ditemui ketika pemeriksaan dilakukan di unit itu ialah dadah jenis heroin seberat 0.2 gram.

Dua suspek ditahan reman di IPD Subang Jaya dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 2.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM