Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pengedar Dadah Ditangkap

Published: 13 Jun 2014 3.41 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pihak polis berjaya merampas satu paket plastik yang mengandungi 14 tiub straw yang mengandungi hablur jernih disyaki dadah berbahaya seberat 7.7 gram..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengedar-dadah-ditangkap
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 00:10 MYT

KENINGAU - 15 APRIL 2010. Sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau yang diketuai oleh ASP Yassin B. Hj. Sagap, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik telah berjaya menangkap seorang lelaki tempatan berumur 27 tahun kerana disyaki pengedar dadah pada petang Selasa jam lebih kurang 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah, DSP Zahari Mohamed, menyatakan bahawa suspek ditangkap dalam satu serbuan di sebuah rumah lot, Kg. Bariawa. Hasil pemeriksaan awal, pihak polis berjaya merampas satu paket plastik yang mengandungi 14 tiub straw yang mengandungi hablur jernih disyaki dadah berbahaya seberat 7.7 gram. Kes disiasat di bawah Seksyen 39A (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

ArticlePublished 13 Jun 2014 3.41 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM