Pengedar Dadah Ditangkap
KENINGAU - 15 APRIL 2010. Sepasukan
anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau yang diketuai oleh
ASP Yassin B. Hj. Sagap, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik telah
berjaya menangkap seorang lelaki tempatan berumur 27 tahun kerana
disyaki pengedar dadah pada petang Selasa jam lebih kurang 4.30 petang.
Ketua
Polis Daerah, DSP Zahari Mohamed, menyatakan bahawa suspek ditangkap
dalam satu serbuan di sebuah rumah lot, Kg. Bariawa. Hasil pemeriksaan
awal, pihak polis berjaya merampas satu paket plastik yang mengandungi
14 tiub straw yang mengandungi hablur jernih disyaki dadah berbahaya
seberat 7.7 gram. Kes disiasat di bawah Seksyen 39A (a) Akta Dadah
Berbahaya 1952.