Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pengedar Dadah Ditahan Ketika Ambil Bekalan Syabu Dalam Reba

Published: 16 Jun 2014 7.13 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menahan seorang lelaki bersama 170 gram dadah dipercayai jenis syabu bernilai kira-kira RM45,000 dalam satu operasi di Kampung TB Wad Batu 2..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengedar-dadah-ditahan-ketika-ambil-bekalan-syabu-dalam-reba
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:54 MYT
SANDAKAN, 13 Jun 2011 (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki bersama 170 gram dadah dipercayai jenis syabu bernilai kira-kira RM45,000 dalam satu operasi di Kampung TB Wad Batu 2, dekat sini Ahad.

Lelaki warga Filipina berusia 45 tahun itu dipercayai pengedar dadah yang menjadikan reban ayamnya sebagai tempat menyembunyikan bekalannya sebelum dijual.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata lelaki itu ditahan oleh Polis Gerakan Marin yang membuat intipan kira-kira 10.40 pagi.

Dia ditahan ketika berada dalam reban ayam terbabit dan polis menemui dadah berkenaan dalam poket seluarnya, katanya pada sidang akhbar, di sini Isnin.

Fadzil berkata lelaki itu dipercayai menanam bekalan dadahnya dalam reban ayam berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.
ArticlePublished 16 Jun 2014 7.13 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM