Pengedar Dadah Ditahan Di Tanjung Rambutan
Jabatan
Siasatan Jenayah Narkotik IPK Perak telah berjaya menangkap seorang
lelaki berusia 27 tahun disyaki pengedar dadah di sebuah rumah di Jalan
Besar, Kg Cheh, Tanjung Rambutan.
Pihak polis telah
merampas (16) paket plastik heroin dengan anggaran berat 42 gram dari
beg pinggang yang disimpan di dalam bilik rumah tersebut dan turut
menjumpai sepucuk pistol jenis Baretta 21A.
Suspek
didapati positif Methamphetamine dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B
Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 33 Akta Senjatapi 1960.

