Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pengarah Pengurusan Rasmi Balai Polis Pagoh

Published: 30 Jan 2023 2.36 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Muar, 30 Januari 2023 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Zaini Jass pagi tadi menyempurnakan perasmian BALAI POLIS PAGOH di Jalan Pagoh ke Muar, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengarah-pengurusan-rasmi-balai-polis-pagoh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:58 MYT
Muar, 30 Januari 2023 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Zaini Jass pagi tadi menyempurnakan perasmian BALAI POLIS PAGOH di Jalan Pagoh ke Muar, di sini.

Beliau yang tiba bersama isteri selaku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Pengurusan, Datin Sri Hjh. Hairiah Hj. Mohd Tahir kira-kira jam 10.30 pagi disambut oleh Timbalan Ketua Polis Johor, DCP M. Kumar S. Muthuvelu dan Ketua Polis Daerah Muar, ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz dengan isteri, Puan Sahrahil Mohd Nor.

Dato' Sri Zaini kemudian menyempurnakan acara menandatangani plak dan memotong riben sebagai simbolik kepada perasmian balai tersebut sebelum menyantuni anggota bertugas.

Bagai sirih pulang ke gagang, pucuk pimpinan Pasukan memberi penghargaan tertinggi kepada Dato' Sri Zaini selaku anak jati negeri Johor untuk merasmikan Balai Polis Pagoh yang menyimpan banyak kenangan beliau sewaktu dilahirkan dekat Segamat.

Inisiatif pembinaan semula balai polis yang bercirikan kontemporari dan kompetensi tinggi itu direalisasikan oleh Dato' Sri Zaini yang mahukan penduduk serta masyarakat sekitar mendapat faedah maksima dari pihak kerajaan khasnya institusi kepolisan.

Terdahulu, turut dipertontonkan secara khas kepada Dato' Sri Zaini dan isteri ialah tarian perang oleh anggota-anggota Batalion 3 Pasukan Gerakan Am Senoi Praq, persembahan muzikal Tragedi Bukit Kepong oleh para pegawai dan anggota Badan Seni Budaya, Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta PANCARAGAM PDRM sebelum menanam pokok bonsai jenis Podocarpus di perkarangan balai sebagai tanda lipatan sejarah perasmian.

Hadir sama, Pegawai Daerah Muar, Dato' Hj. Mustafa Kamal Dato' Hj. Shamsudin, Ketua Urus Setia KPN-Penyelidikan dan Pembangunan, CP Dato’ Mohd Hishamudin Tahar, barisan Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, Ketua-ketua Jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan Ketua-ketua Polis Daerah Johor.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan.

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

May be an image of 4 people, people standing, outdoors and text

May be an image of ‎10 people, people standing and ‎text that says '‎PERASMIAN D DISEMPURNAKAN OLEH CB DATO' SRI ZAINI BIN JASS ARAH PENGE USAN

May be an image of 12 people, people standing and outdoors

May be an image of 9 people, people standing and outdoors

May be an image of 10 people, people standing and outdoors

May be an image of 12 people, people standing and outdoors

May be an image of 7 people, people standing and outdoors

May be an image of 3 people, people standing and outdoors

May be an image of 8 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of ‎10 people, people standing and ‎text that says '‎PERASMIAN D DISEMPURNAKAN OLEH CB DATO' SRI ZAINI BIN JASS ARAH PENGE USAN

May be an image of 10 people and people standing

May be an image of 11 people

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

May be an image of 9 people and people standing

May be an image of 3 people

May be an image of 5 people, people standing and outdoors
ArticlePublished 30 Jan 2023 2.36 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM