
Artikel
Opbanjir Pgu Lakukan Penerbangan Ihsan Bantu Mangsa Banjir
Kluang, 30 Januari 2023 - Pasukan Gerakan Udara, Polis Diraja Malaysia hari ini melakukan penerbangan ihsan memindahkan mangsa banjir yang memerlukan rawatan s...
Kluang, 30 Januari 2023 - Pasukan Gerakan Udara, Polis Diraja Malaysia hari ini melakukan penerbangan ihsan memindahkan mangsa banjir yang memerlukan rawatan segera dari Ladang Mutiara Kahang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kota Tinggi sebelum dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Johor.
Encik Selamat Jumonoh, 62 tahun bersama penjaganya telah diterbangkan menggunakan helikopter jenis Agusta Westland AW 139 yang diketuai oleh juruterbang Superintendan Thiyagarajan Mariappan bersama pembantu juruterbang DSP Mohamad Shaiful Bahari Mat Isa dan pemerhati udara Sarjan Ezuan Roslan serta Koperal Muhammad Faizzul Zulkifli.
Pesakit yang menerima rawatan awal oleh pegawai perubatan kemudiannya telah dibawa ke hospital menaiki ambulans untuk menerima rawatan selanjutnya.

