Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pengarah Pengurusan Jalani Ujian Kemahiran Menembak Tahunan

Diterbitkan: 15 Nov 2019 12.18 PM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Jelebu, 15 November 2019 - Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato' Abd Rahim Jaafar hari ini menjalani Ujian Kemahiran Menembak Tahunan Jabatan Pengurusan Tahun 2019 di Lapang Sasar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengarah-pengurusan-jalani-ujian-kemahiran-menembak-tahunan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:20 MYT
PENGARAH PENGURUSAN JALANI UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK TAHUNAN

Jelebu, 15 November 2019 - Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato' Abd Rahim Jaafar hari ini menjalani Ujian Kemahiran Menembak Tahunan Jabatan Pengurusan Tahun 2019 di Lapang Sasar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu, di sini.

Hadir sama dalam ujian tersebut ialah Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato' Nerita Yaacob, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), DCP Dato' Kasuahdi Ali, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), DCP Dato' Abdul Majid Mohd Ali dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia) DCP Dato’ Azmi Abu Kassim.

Dato' Abd Rahim bersama peserta kehormat yang lain, termasuk Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Tuan Che Zakaria Othman memulakan ujian menembak senjata jenis pistol Glock 19 semi automatik pada jarak 10 meter.

Sungguh pun cuaca panas terik di lapang sasar pagi tadi, namun ianya tidak menghalang Dato' Abd Rahim mencatatkan jumlah tembakan yang baik walau diberi saingan sengit oleh beberapa perserta lain.

Ujian yang berlangsung dari 11 hingga 15 November itu disertai oleh 500 warga Jabatan Pengurusan, Bukit Aman bagi mengasah bakat dan kemahiran mereka dalam mengendalikan senjatapi terutamanya jika berlaku apa-apa ancaman keselamatan yang tidak diduga dalam setiap penugasan.

Dalam acara tembak tepat dan jatuh piring berpasukan, kumpulan menembak diketuai Dato' Abd Rahim berjaya meraih johan dengan menewaskan dua pasukan lain apabila meraih mata tembakan yang paling tinggi.

Manakala dalam acara menembak individu pula, ASP Kem Komandan, ASP Tarmizi Ismail telah dinobatkan sebagai johan selepas memperoleh 198 mata berbanding Dato' Abd Rahim (192 mata) dan Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan/Sukan/Rekreasi), ACP Sukri Kaman memperoleh 187 mata.

Image may contain: 14 people, people smiling, people standing, outdoor and nature
Bergambar kenangan.
 

Image may contain: 1 person, smiling, standing and outdoor
Ketibaan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato' Abd Rahim Jaafar di Lapang Sasar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu.
 

Image may contain: 1 person, phone, camera and outdoor
Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato' Abd Rahim Jaafar dalam acara menembak tepat individu.
 

Image may contain: 3 people, people standing and outdoor
Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), DCP Dato' Abdul Majid Mohd Ali dalam acara menembak tepat individu.
 

Image may contain: one or more people, people standing, mountain, wedding, sky, outdoor and nature
Sekitar acara menembak tepat individu.
 

Image may contain: 1 person, outdoor
Pasukan pilihan Kontinjen Negeri Sembilan dalam acara menembak jatuh piring.
 

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing and outdoor
Sesi bergambar kenangan bagi acara menembak jatuh piring penentuan johan dan naib johan.
 

Image may contain: 8 people, people standing and outdoor
Lafar ikrar setelah selesai acara Ujian Kemahiran Menembak Tahunan Jabatan Pengurusan Tahun 2019.

Image may contain: 1 person, text
Ucapan oleh Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato' Abd Rahim Jaafar.
 
Image may contain: 5 people, people smiling, people standing
Johan acara menembak jatuh piring.
 
Image may contain: 6 people, people smiling, people standing
Naib johan acara menembak jatuh piring.
 

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing and outdoor
Tempat ketiga acara menembak jatuh piring.

ArtikelDiterbitkan 15 Nov 2019 12.18 PMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM