Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

50 Mahasiswa Uiam Pelajari Trend Jenayah Kanak Kanak Dan Remaja Di Malaysia

Diterbitkan: 15 Nov 2019 9.21 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kuala Lumpur, 15 November 2019 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Pengurusan telah mengadakan sesi taklimat berkenaan trend jenayah kanak-kanak dan remaja di Malaysia di hadapan 50 mahasiswa Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dari Fakulti Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/50-mahasiswa-uiam-pelajari-trend-jenayah-kanak-kanak-dan-remaja-di-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:18 MYT

Kuala Lumpur, 15 November 2019 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Pengurusan telah mengadakan sesi taklimat berkenaan trend jenayah kanak-kanak dan remaja di Malaysia di hadapan 50 mahasiswa Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dari Fakulti Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), hari ini.

Taklimat yang berlangsung di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tersebut disampaikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Superintenden Siti Kamsiah Hassan.

“Trend jenayah hari ini menunjukkan berlaku eksploitasi secara atas talian seperti pengantunan (grooming), dan pornografi terhadap kanak-kanak. Hal demikian menyebabkan peningkatan mangsa jenayah seksual dalam kalangan mereka.

“Justeru, Bahagian D11 sentiasa mengadakan kursus dan latihan dalam perkhidmatan kepada para pegawai penyiasat bagi meningkatkan pengetahuan mereka serta kualiti kertas siasatan yang disediakan,” ujar beliau.

Tambah beliau lagi, Bahagian D11 turut mengadakan kempen kesedaran kepada orang awam bagi memastikan isu berkenaan jenayah seksual dalam kalangan kanak-kanak dan remaja diambil perhatian dan dibendung dari peringkat awal lagi.

Selain itu, para mahasiswa turut mendengar taklimat daripada DSP Pengambilan, DSP Mansor Abd Samad dari Cawangan Perjawatan, Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Bukit Aman tentang skop tugas dan potensi kerjaya dalam PDRM bagi memupuk minat mereka menyertai bidang kepolisan pada masa hadapan.

Tentatif majlis turut disertakan dengan taklimat berkenaan peranan pegawai psikologi dalam PDRM oleh Pegawai Turus Psikologi, Puan Nor Azizi Mansor dari Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman.

Majlis turut dirancakkan dengan sesi interaksi dua hala antara penceramah dengan mahasiswa UIAM dalam mengupas segala isu yang dibincangkan dengan lebih mendalam.

Turut hadir dalam lawatan tadi ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Pendidikan UIAM, Profesor Madya Dr. Khamsiah Ismail, barisan pegawai kanan dan pegawai pangkat rendah Jabatan Pengurusan PDRM.

Image may contain: 14 people, people smiling, people standing
Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bergambar kenangan bersama Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Superintenden Siti Kamsiah Hassan.
 
Image may contain: 1 person, closeup
Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Superintenden Siti Kamsiah Hassan menyampaikan taklimat berkenaan trend jenayah kanak-kanak dan remaja di Malaysia.
 
Image may contain: 1 person, standing
Pengacara majlis, ASP Norhafizah Mohamad Yusak.
 
Image may contain: 1 person
DSP Pengambilan, DSP Mansor Abd Samad dari Cawangan Perjawatan, Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Bukit Aman menyampaikan taklimat berkenaan skop tugas dan potensi kerjaya dalam PDRM.
 
Image may contain: 1 person, smiling, standing
Pegawai Turus Psikologi, Puan Nor Azizi Mansor dari Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman menyampaikan taklimat berkenaan peranan pegawai psikologi dalam PDRM.
 
Image may contain: 3 people, people sitting
Sekitar taklimat berlangsung di Dewan Theatrette, Menara 1, IPP Bukit Aman.
 
Image may contain: 4 people, people sitting
Sekitar taklimat berlangsung di Dewan Theatrette, Menara 1, IPP Bukit Aman.
 
Image may contain: 8 people, people sitting
Sekitar taklimat berlangsung di Dewan Theatrette, Menara 1, IPP Bukit Aman.
 
Image may contain: 32 people, people smiling, people standing
Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bergambar kenangan bersama Pegawai Turus Psikologi, Puan Nor Azizi Mansor dari Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman.
 

ArtikelDiterbitkan 15 Nov 2019 9.21 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM