
Artikel
Kpn Iring Pm Turun Ke Lokasi Bencana Malam Tadi Timbalan Kpn Turut Tinjau Operasi Sar Pasukan Menyelamat Bersama Tpm
Hulu Selangor, 16 Disember 2022 - Susulan tragedi tanah runtuh di Batang Kali awal pagi tadi, Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim malam tadi bersama...
Hulu Selangor, 16 Disember 2022 - Susulan tragedi tanah runtuh di Batang Kali awal pagi tadi, Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim malam tadi bersama Menteri Komunikasi dan Digital, Tuan Fahmi Fadzil Fadzil diiringi Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani turun melawat lokasi bencana.
Seusai membuat tinjauan, beliau bersama KPN terus ke Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) untuk ditaklimatkan mengenai situasi semasa bencana oleh Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed.
Memetik laporan media massa, PM turut mengumumkan bantuan wang ihsan sebanyak RM10,000 untuk setiap mangsa meninggal dunia, manakala RM1,000 pula untuk mangsa (Ketua Isi Rumah) bagi yang tidak melibatkan kematian.
Terdahulu kira-kira jam 6.00 petang tadi, Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain juga mengiringi Timbalan Perdana Menteri (TPM) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meninjau operasi SAR mangsa tanah runtuh di sana.
Beliau bersama TPM melawat khemah petugas Polis Diraja Malaysia bagi bersua muka dengan para petugas Pasukan yang bersama-sama berganding bahu dengan agensi penyelamat lain.
Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Hj. Ahmad Hj. Maslan, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah, Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato' Khaw Kok Chin, Ketua Penolong Pengarah (Krisis/Bencana) Jabatan KDNKA Bukit Aman, SAC Ahmad Zailani Yaacob, Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Skandaguru Anandan serta Ketua Polis Daerah Hulu Selangor merangkap Komander PKTK, Superintendan Suffian Abdullah.
Jurugambar: Koperal Muhamad Iqtar Azmi dan Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin