Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pengarah Jabatan Kdnka Iringi Mdn Lawat Pusat Pemulihan Dadah Dan Pusat Tahanan Polis Di Vienna

Published: 16 Mar 2024 11.21 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Vienna, 16 Mac 2024 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din hadir mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melawat ke Pusat Pemulihan Dadah dan Pusat Tahanan Polis di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengarah-jabatan-kdnka-iringi-mdn-lawat-pusat-pemulihan-dadah-dan-pusat-tahanan-polis-di-vienna
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:41 MYT
Vienna, 16 Mac 2024 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din hadir mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melawat ke Pusat Pemulihan Dadah dan Pusat Tahanan Polis di sini, semalam.

Ketibaan delegasi dari Malaysia di Pusat Pemulihan Dadah Vienna, Austria telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Elisabeth Odelga.
Pusat pemulihan dadah yang berada di bawah pentadbiran Vienna City Council menyediakan perkhidmatan pemulihan dadah dari segi psikologi, fisiologi dan masalah sosial selain melaksanakan program pendidikan pencegahan dadah.

Delegasi meneruskan lawatan ke Pusat Tahanan Polis di daerah sama yang berfungsi menempatkan seramai 250 orang tahanan warga asing sebelum dihantar pulang ke negara asal.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman serta Duta Besar Malaysia ke Republik Austria dan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa di Vienna, Tuan Yang Terutama Ikram Mohammad Ibrahim.

Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)

 
ArticlePublished 16 Mar 2024 11.21 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM