Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Al Fatihah Timbalan Kpn Dan Naib Pengerusi Perkep Malaysia Beri Penghormatan Terakhir Kepada Allahyarham Datuk Seri Ramli Sha Ari

Diterbitkan: 16 Mar 2024 11.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Petaling Jaya, 16 Mac 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin hadir memberi penghormatan terakhir kepada jenazah pesara polis, CP Datuk Seri Ramli Sha’ari, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/al-fatihah-timbalan-kpn-dan-naib-pengerusi-perkep-malaysia-beri-penghormatan-terakhir-kepada-allahyarham-datuk-seri-ramli-sha-ari
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:43 MYT
Al Fatihah Timbalan Kpn Dan Naib Pengerusi Perkep Malaysia Beri Penghormatan Terakhir Kepada Allahyarham Datuk Seri Ramli Sha Ari
Laman Utama / Artikel / Al Fatihah Timbalan Kpn Dan Naib Pengerusi Perkep Malaysia Beri Penghormatan Terakhir Kepada Allahyarham Datuk Seri Ramli Sha Ari
Kembali ke Pustaka
Artikel

Al Fatihah Timbalan Kpn Dan Naib Pengerusi Perkep Malaysia Beri Penghormatan Terakhir Kepada Allahyarham Datuk Seri Ramli Sha Ari

Petaling Jaya, 16 Mac 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatua...
Petaling Jaya, 16 Mac 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin hadir memberi penghormatan terakhir kepada jenazah pesara polis, CP Datuk Seri Ramli Sha’ari, pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia awal pagi tadi dan jenazah telah dibawa ke Surau Al-Ahmadi Ehsaniah untuk disolatkan sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara sekitar jam 11.00 pagi, di sini.

Allahyarham memulakan kerjaya dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Pegawai Kanan Polis berpangkat Inspektor pada tahun 1973 pernah menyandang beberapa jawatan penting dalam Pasukan antaranya Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 (M), Penolong Pengarah Cawangan Khas (Inteligen/Teknikal) E1 dan Ketua Cawangan Khas (Melaka, Johor dan Kedah) sebelum dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas pada tahun 2007 seterusnya menjalani persaraan wajib pada tahun 2009.

Hadir sama Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussien Omar Khan dan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shahrulnizam Ja’afar.

Seluruh warga PDRM menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham dan mendoakan arwah dicucuri rahmatNya serta ditempatkan bersama para syuhada.
Al-Fatihah.

Jurugambar: PDRM RMP TV

 
Mungkin imej 7 orang

Mungkin imej 4 orang dan teks

Mungkin imej 6 orang dan teks
ArtikelDiterbitkan 16 Mar 2024 11.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM