Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penganjur Ceramah Perlu Mohon Permit Lebih Awal

Diterbitkan: 15 Sep 2014 12.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis meminta pihak yang mahu menganjurkan ceramah sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor supaya memohon permit lebih awal bagi membolehkan polis menyediakan perkhidmatan kawalan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penganjur-ceramah-perlu-mohon-permit-lebih-awal
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:04 MYT
Tumpat, 14 Sept - Polis meminta pihak yang mahu menganjurkan
ceramah sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor supaya memohon permit lebih awal bagi membolehkan polis menyediakan perkhidmatan kawalan.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kelantan ACP Dahlan Mohd Noor berkata selepas penamaan calon semalam, banyak ceramah diadakan di tepi jalan hingga mengganggu lalu lintas.

Jika penganjur memohon permit lebih awal, polis dapat menugaskan anggotanya untuk mengawal lalu lintas bagi memastikan ceramah berjalan lancar, katanya pada sidang akhbar di Pangkalan Gerakan Marin Pengkalan Kubor di sini, hari ini.

Beliau berkata setakat ini, polis menerima enam permohonan permit bag mengadakan ceramah iaitu lima daripada Barisan Nasional (BN) dan satu daripada PAS.

Mana-mana pihak yang mengadakan ceramah tanpa permit akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Dahlan berkata sepanjang PRK itu, seramai 840 anggota polis akan
bertugas bagi menjamin keselamatan dan memastikan keadaan terkawal.

Pada PRK itu, calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, 48, akan ditentang calon PAS iaitu Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47. 

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lepas, Nor Zahidi mengalahkan calon PKR Shaharun Ibrahim dan Izat Bukhary yang juga bertanding sebagai calon Bebas dengan majoriti 1,736 undi.

Hari pengundian akan diadakan pada 25 Sept ini. - BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 15 Sep 2014 12.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM