Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Terengganu Tingkatkan Intergriti Untuk Giatkan Usaha Perangi Jenayah

Diterbitkan: 15 Sep 2014 12.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Terengganu akan menggiatkan usaha memerangi jenayah dengan meningkatkan lagi integriti di kalangan pegawai dan anggotanya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-terengganu-tingkatkan-intergriti-untuk-giatkan-usaha-perangi-jenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:12 MYT
Kuala Terengganu, 14 Sept - Polis Terengganu akan menggiatkan
usaha memerangi jenayah dengan meningkatkan lagi integriti di kalangan pegawai dan anggotanya.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata integriti ini merupakan elemen utama di dalam pasukan keselamatan terutamanya pihak polis dalam melaksanakan aspek undang-undang.

"Jadi saya sentiasa menekankan nilai ini di kalangan mereka dan saya yakin dengan integriti dan komitmen yang lebih, kita pasti dapat meningkatkan prestasi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga telah berjaya menurunkan indeks jenayah di Terengganu sebanyak 5.15 peratus bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Dalam pada itu katanya bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini pihaknya berjaya menahan kira-kira 500 orang individu bersabit kesalahan penagihan dadah dan 79 individu ditahan dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya berbanding 72 orang pada tahun lepas. -BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 15 Sep 2014 12.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM