Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penganggur Diberkas Bersama Dadah Di Kebun Kelapa Sawit

Published: 30 Jun 2016 7.59 AM Updated: 15 Aug 2026 7.24 PM
Dungun, 30 Jun - Seorang lelaki ditahan bersama pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM8,000 dalam serbuan di kawasan kebun kelapa sawit, Jerangau, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penganggur-diberkas-bersama-dadah-di-kebun-kelapa-sawit
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:06 MYT
Dungun, 30 Jun - Seorang lelaki ditahan bersama pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM8,000 dalam serbuan di kawasan kebun kelapa sawit, Jerangau, di sini.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata suspek yang berusia 45 tahun itu diberkas kira-kira pukul 8.45 pagi, Selasa lalu.

"Hasil pemeriksaan pada badan suspek kita menemui tiga peket plastik cerah berisi ketulan kristal disyaki dadah syabu kira-kira 50.2 gram, heroin 8.9 gram.

"Selain itu, kita turut menjumpai 170 biji pil disyaki pil kuda serta 1.96 gram pil eramin 5 yang disorokkan di dalam beg sandang yang dipakainya," katanya kepada Bernama. 

Menurutnya, hasil semakan rekod suspek yang berasal dari Kampung Jaba, Dungun itu turut mempunyai tiga rekod jenayah lampau berhubung kesalahan dadah. 

Beliau berkata suspek direman hingga Selasa ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.- BERNAMA
ArticlePublished 30 Jun 2016 7.59 AMUpdated 15 Aug 2026 7.24 PM