Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pengambilankhaspdrm Keratan Akhbar Pilihan Tugas Jaga Negara Tanggungjawab Semua

Published: 16 Mar 2021 2.54 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Baru-baru ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan calon bukan bumiputera dan orang asli tidak perlu mendapat kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi memohon jawatan Konstabel Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengambilankhaspdrm-keratan-akhbar-pilihan-tugas-jaga-negara-tanggungjawab-semua
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:16 MYT
Baru-baru ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan calon bukan bumiputera dan orang asli tidak perlu mendapat kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi memohon jawatan Konstabel Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pelonggaran syarat bagi pengambilan khas itu dibuka mulai 18 hingga 31 Mac bertujuan untuk membolehkan lebih ramai calon bukan bumiputera menyertai PDRM.

Bagaimanapun individu terbabit masih perlu mengambil semula matapelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM dalam tempoh enam tahun jika dilantik ke jawatan tersebut.

Perkara tersebut nampaknya tidak diterima baik oleh pejuang-pejuang Bahasa Melayu dan menganggap bahawa tindakan tersebut bertentangan dengan Perlembagaan. Malah ada pihak menganggap ia sebagai satu pengkhianatan terhadap agenda untuk memartabatkan bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi di negara ini.
 
Namun, apa yang dilakukan oleh PDRM itu sebenarnya bukanlah yang pertama sebaliknya ia pernah dilakukan sebelum ini, dan harus juga diingatkan bahawa ia hanya melibatkan pengambilan khas. Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian di lampiran.

'Jangan ditanya apakah sumbangan negara kepada anda, tetapi tanyalah apa yang boleh anda sumbangkan kepada negara.' Tinggalkan pandangan membina anda di ruangan komen di bawah.


May be an image of text
ArticlePublished 16 Mar 2021 2.54 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM